CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

Monday, February 18, 2013

FaMiLy DaY 2013...!!

Mama ni kejap timbul kejap tenggelam.. hihi.. ntahla apa yang disebokkan, rasanya terlalu banyak nak story, smpai tak terstory kot.. last2 bersawang.. kadang2 tabik spring gak ngan SIL mama, hari2 update blog.. walaupun takder gambar, tapi masih bagi masa untuk cuci2 sawang kat Blog sendiri.. hehe.. okehla.. dek kerana Story mama kali ni masih panas2 lagi, mama terpanggil untuk hapdate blog hari ini.. buat mengubat demam mama ni.. baca blog sndiri agaknya boleh kebah demam kot.. haha.. 

Family Day Datang lagi....!! ya..!! actually tahun ni adalah tahun ke 2 Family Day sebelah family mama. sebenarnya family mama ada buat kutipan tabung family. sebulan RM20.00 dan kami namakan tabung tu TABUNG AL SOFEA.. sempena nama Tok aka mak mama.. dan bermula taun lepas, kami gunakan duit tabung tu untuk family day.. taun lepas, blog tak berhapdate kan.. so no story mory pasal family day, hanya pic saja yang mama upload kat Facebook mama.. seperti taun lepas, ahli2 dan bukan ahli TABUNG AL SOFEA yang join family day adalah seramai 48 orang, 9 biji kereta, dan lebih kurang 9 family termasuk baby2 dan kanak2 ribena.. kalau taun lepas family day mama dibuat di Tanjung Tuan Beach Resort, Port Dickson, taun ni pulak tak jauh, kat Penang jer. tapi kami stay 2 malam kat Naza Taliyya Hotel & Hydro Hotel.. ikutkan nak story bnyak nak story ni.. layankan ajer piccas nyer dulu k..

Masa sampai, destinasi pertama untuk makan Tengahari kat Tesco Penang
 SESSI PHOTOGRAFI BERMULA..

antara geng2 mandi kolam yang sangat happy bila berjumpa
mcm nak ngambik gambar retis..
gaduh2 manja antara Afeef dan Izz
Menunggu Check in sampai terlena


Izz buat macam rumah sendiri.. suka hati dia nak menjelajah satu lobi hotel

 
 
 
Power puff gurls..
Boboiboy..

Selesai sessi photografi, acara picnic bermula.. makanan petang tu disponsor oleh TABUNG AL SOFEA dan di masak sepenuhnya oleh kakak mama anak beranak yang duduk di Kampung Permatang Pak Elong Kepala Batas..
Hari Pertama kat Naza Taliyya, picnic time..
5 of US..
 

Selesai picnic, kami keluar dinner. destinasi malam tu kat teluk tempoyak. Malam tu kami semua ambik kesempatan untuk celebrate birthday party Tok budak2 ni 21 Januari, Kakak Mama 3 Februari dan Suaminya 1 Januari, anak buah mama Aiman 14 Januari dan anniversary Tok dan arwah Tokwan 5 Februari.. walaupun Tokwan dah tak ada lagi.. tapi tarikh itu tetap kekal dalam ingatan kami semua..
Dinner kat Seafood Paradise Teluk Tempoyak yang sedap dan berpatutan.. dengan makan seramai dkt 50 orang ni, hanya RM500 ++ ok la kan..
 
berkongsi harijadi, BIL, Kakak dan Aiman (anak buah)
Mak kesayangan memotong kek birthday dan anniversary..
Love Each Other tu kek Toffee Caramel, beli dari kawan mama, yang satu lagi tiramisu yang lazat di buat oleh SIL mama..
 Balik dari Dinner, kami masing2 lepak kat bilik dan tidur saja.. sbb masa tu pun dah pukul 1 lebih.. semua dah penat..
Esoknya bekfast time rupanya kat lobi ada naga datang hotel, bagi buah limau..
Bekpes kat Hotel Naza ok la jugak, walaupun tak banyak menu sangat.. tapi memenuhi citarasa semua peringkat umur..
Lepas bekpes kami siap untuk check out dan gerak untuk ke hotel kedua sebelum tu.. lunch dulu kat gurney drive+pose..

Tak sedap langsung makanan kat Khaleel restoran ni.. Mama tak makan pun..


Ini budak sangat happy tak kira dalam keadaan apa sekali pun.. hehe.. good boy..






pic 2,3,4 kat hotel Hydro..
sampai kat Hydro Hotel, ini aktiviti pertama Izz..

Kat sini mama tak sempat ambk bnyak pic, ntah kenapa ya.. apa yang disebokkan sangat.. huhu..
 
Aktiviti kami di hari kedua tu, bermula lepas asar semua keluar mencari makan, semua tpt untuk dilawati dah tutup pukul 4 lebih, pukul 5, so, kami mcm tak ada haluan nak pegi dan masing2 dah terpecah angkara jalan jam teruk. maklum la CNY.. nak2 pulak kami semua ada 9 biji kereta, mmg payah nak handle, ada yang tersesat, kedepan, ke belakang dan mcm2 lagi.. ntah tetiba masing2 dah terpisah. dan akhirnya kami berjumpa kat hotel saja dalam pukul 12 lebih untuk acara lucky draw.. Hadiah Lucky Draw kali ini disponsor oleh Bendahari TABUNG AL SOFEA dan dibawakan oleh IKEA..

Kata2 aluan daripada anak bendahari..

Hadiah Mama.. dicabut oleh en. Abah dan dapat nama sendiri.. hihi..
 
Masing2 dengan hadiah masing2
Hadiah Lucky Draw ni diberikan kepada Ahli2 tabung lama dan yang baru menjadi ahli.. happening.. semua suka hadiah masing2.. yang paling happy abang mama yang berbaju biru tu sebab dia dapat hadiah pertama, lampu berdiri/lampu sudut yang sememangnya dalam planning dia untuk beli.. orang mengantuk disorongkan bantal la nampaknya kan.. well berakhirlah hari kedua kami dan esok adalah hari terakhir..

Hari terakhir ni nampaknya masing2 bakal berpecah sebab, abang2 mama akan balik terus ke KL dan kami yang dekat2 ni mungkin meneruskan mini family day kami menghabiskan sisa2 cuti yang ada.. layan dulu photoshoot sebelum balik..






Kakak mama yang dok kat Ipoh aka Makndak
Anak Buah Mama yang lelaki tu.. pic ni diambil sempena 3 boy anak2 mama VS 3 gurl anak2 dia.. hihi.. 3 i vs 3 a..

Kakak mama aka tukang masak menu Picnic
Abang mama aka en. bendahari
SIL mama yang tersedondon lak ngan en. abah dan Izz.. hehe..
Selesai check out dari Hydro Hotel, kami semua berpecah ke destinasi msing2.. abang2 mama terus balik KL, dan kami yang tinggal ni terus ke Balik Pulau untuk pekena Laksa Janggus..

mak aii.. que la pulak nak beli goreng pisang mabelesnyer.. tapi mmg sedap laksa dan goreng pisangnyer smpai mama terlupa nak snap piccas.. huhu..
 
 
 

Dek kerana terperangkap dalam jam yang agak lama, tetiba perut kami semu buat2 lapor.. dan kami melencong dari ke terminal feri dan terus ke KAPITAN.. Mama agak setuju jugak sbb tak pnah pegi lagi kat sini.. tambah kilo, tambah kilo..kuikuikui..

 
Nan Cheese + Tandoori..
Akhirnya.. inilah destinasi terakhir kami di Penang.. dan setelah sejam lebih menunggu feri, kami pun sampai kerumah pada pukul 12 lebih kurang. penat sangat mcm pegi jauh.. padahal penang jer.. agaknya sbb banyak aktiviti terkejar ke sana, ke mari, aircond, panas, aircond, panas.. dan Ikmal mula menampakkan ciri2 nak demam.. balik dari penang mama dan kakak mama berkampung di rumah kakak mama yang lagi sorang di Sungai Semambu, bukit mertajam.. esoknya kami masih meneruskan aktiviti mini family day lagi.. di mana?.. hahaha.. Ipoh pulak..!!

 
Si Demam yang sempat memberikan pose walaupun tak mampu dah nak senyum..
Mcm tula berakhirnya 3 hari 2 malam Family Day mama kali ni.. tak larat la mama nak masukkan semua pic sbb mama dah masukkan dalam facebook sebelum ni.. huhu.. destinasi taun depan masih dalam perancangan.. kata en. bndahari kasi penuh duit tabung dulu baru boleh plan lain.. sehingga ke tarikh blog ini ditulis, mama masih dalam family day mood.. hihi..

**GAMBAR SELINGAN SEPANJANG FAMILY DAY**





Mama dan Hero Tecik mama ni..


1st time izz naik benda ni, muka blur.. hihi

Friday, January 4, 2013

gogogo.. ale ale ale...

hahaha.. dah lama mama tak tengok abah lawan bola, sebelum ni pun bukannya mama ambik pot sangat bila abah beraksi.. takdak jiwa sukan mama ni.. petang semalam  saja abah bawak kami g stadium batu kawan sbb dia ada lawan bola.. ikutkan mama malas nak ikut, tapi sbb abah takut lewat, so dia terpaksa bawa anak2 dan fetch mama balik kerja dan terus ke sana.. mama ikutkan jerla..

Izz yang sentiasa happy bila lam kereta.. janji leh jalan2..

hujan sepanjang jalan.. izz tengok hujan..



abah sedang beraksi.. masa ni mama baru sedar penglihatan mama dah tak sebaik dulu.. isk isk isk.. tengok player pun dah kembang2...

Izz ada semangat nak tengok bola..
Tengok tu.. khusyuk jer.. pandai ker tu..

sebok melayan 3 hero ni, tengok2 dah masuk maghrib.. game over... pergghhh lega..bukan apa.. buhsan lama2 kat padang ni..huhu..

BACK TO SCHOOL..

Mungkin agak lewat mama nak story pasal back to school ni.. tapi ttp gk nak tepek story basi ni.. hihi.. taun ni mama sebok sikit sbb Ifan pun dah masuk Pra Sekolah. sebelum ni Ifan tak penah masuk mana2 tadika. so, taun ni rumah makin sunyi kalau hari cuti sbb tinggal Izz dan mama jer..

By the way, Ifan mama tengok takla excited sangat nak sekolah mcm abang ikmalnya dulu.. taktaula apa yang ada dalam kepala dia, tapi bila mama tanya nak sekolah tak? dia kata nak.. cumanya time pilih beg sekolah, barang2 sekolah, semua diserahkan pada idola dia, abang. abang kata yang tu cantik, yala, amk yang tu, abang kata yang ni tak ok, mmmm tak payah beli yang tu.. dasyat pngaruh abang dalam jiwa ifan ni.. sbb tu mama selalu nasihatkan ikmal supaya jadi contoh yang terbaik untuk ifan dan izz.. layankan jerla piccas back to school ni..

susah norr nak cari kasut ifan.. kaki kecik..

mmm taun ni ikmal dilantik jadi pengawas sekolah.... so, taun ni semua uniform kena tukar baru..semoga ikmal jadi pengawas yang bertanggungjawab..
Ikmal dah besar dan dah boleh pegi sendiri ke sekolah, maksud mama abah tak perlu hantar Ikmal masuk kelas semua, dia dah darjah 4 kan.. dah pandai berdikari dah.. lagipun yuran, buku semua dah settle awal sbelum sessi persekolah bermula.. so, abah cuma hantar dan tengok dia jap, pastu balik amk mama dan adik2 untuk hantar ifan ke pra sekolah pulak.. rupanya Ifan pun good boy.. tak nangis.. (mama risau jugak.. sbb dia kan tak pernah sekolah.. lama norr enjoy) tapi alhamdulillah, dia ok. dan mama dan abah pun hantar ifan sampai pintu kelas jer.. cikgu tak bagi tunggu sebab ada sorang student pompuan yang dah start nangis cari mama dier... huhu.. so, cikgu tak mau yang lain pun berjangkit dan cikgu terpaksa tutup pintu.. mama tak kisah, mama percaya pada kebolehan cikgu untuk kawal situasi tu.. lepas tu, mama, abah dan izz balikla. .takkan nak melangut kat situ lak kan..

Lepas hantar Ikmal dan Ifan, baru mama teringat, Izz belum lagi g klinik yang appointmentnya should be 23/12/2012 yang lalu.. so, mama patah balik rumah, ambik kad Izz dulu (sbb sekolah dekat dengan rumah), breakfast  dulu, lepas tu terus g klinik..

on the way nak g klinik. Izz ngantuk lagi ni. .tadi sempat tidur jap masa mama+abah breakfast..
Alhamdulillah,  rutin checkup Izz mcm biasa, timbang dengan berat 8.1kg di usia 7 bulan++. actually hari ni mama baru nak cucuk Izz yang 6 bulan punya, ritu delay sbb Izz selsema tu yang nurse bagi date lambat sikit lepas cucuk 5 bulan punya.. mama tak kisahla.. janji imunisasi tu tak missed.

ok, dah habis checkup, kuat jugak Izz nangis waktu cucuk td.. hahaha.. lepas tu ok.. jap jer.. mungkin sakit kot kali ni sbb nurse pelatih yang cucuk. sebelum ni, dia nangis sikit jer, kali ni smpai telepas puting, selop jugakla.. rupanya darah pun setitik besar lebih daripada biasa.. tu yang sakit sikit agaknya.. nurse pelatih katakan.. baru nak belajar... takpala.. tak serius sangat.. tapi sian baby mama.. huhu..

Tiktoktiktok, dah pukul 11.45 pagi, masa untuk ambk abang Ifan, kejap lagi abang ifan balik dah.. mama jengok kat kelas ifan, tak nampak dia, tapi yang bisingnya kawan2 ifan dok panggil Izzrayyan.. Izzrayyan... (anak2 jiran+anak babysitter Izz.. hahaha..). so, mama pegila dari situ, takut ada yang bukak pintu lak nanti nak keluar..

posing dulula..

Muka sakit ke Izz..
Tadaa... 12 tengahari sudaa... ooooo cikgu hantar student sampai depan gate.. so, mama tunggu kat sini ja.... smpat la tngok dari jauh Ifan duduk pakai kasut sendiri, emmm pandai pun.. kat rumah saja takmau buat sendiri..

abang ifan yang masih malu2 gitu..

terus tegur adik sayang dia tu....!!

Izz yang tengah blur2 tu pun.. nampak abang terus ceria..!!

rancak besembang.. mcmla tak jumpa sehari..


masa abah+mama tengah sembang ngan cikgu ifan tu, ni la keja dia, rindu sangat ngan gamenya.. hmmm caner ni... tak sempat tunggu sampai rumah dah..

akhirnya... sampai rumah lepas setengah jam.. belum sempat makan, mandi, dah zzzzzz..
mcm tula episod sekolah Ikmal dan Ifan tahun ni.. semoga sampai akhir taun semuanya berjalan lancar.. semoga anak2 mama berjaya.. nampaknya tanggungjawab yang mama galas taun ni lebih bertambah bila dua2 dah sekolah, dengan ada Izz lagi, mama perlu lebih pandai bahagikan masa untuk ketiga2nya dan of course untuk anak bongsu mama yang bermisai tu.. huhu.. semoga kehadiran 2013 memberikan kebahagian+keharmonian+kekayaan pada keluarga mama disamping menjadikan mama dan abah sebagai ibubapa yang lebih baik untuk semua anak2 mama.. amin..
 





Thursday, January 3, 2013

CERITA SEDIH MINGGU LEPAS

Minggu lepas Mama dapat berita kakak mama yang dok kat Ipoh tu masuk hospital sbb asma... pagi 28/12/2012 mama dapat mesej dari Ain, anak buah mama tu, airmata dah takleh stop.. ntahla rasa sedih, sayu sangat sbb baru ja bersukaria dikampung masa krismas tu hari. tetiba baru 2 hari msg2 balik ke sarang, dah dapat berita sedih tu.. apatah lagi selama ni kakak mama ni tak pernah masuk wad sebab asma walaupun selama ni kakak mama mmg pengidapnya.. habih2 sangat pun masuk emergency, sedut gas, boleh balik.. satu hari mama tak boleh buat kerja, relax jap, pastu meleleh balik airmata sampai bengkak2 mata.. nasibla bos tak masuk office, lau tak segan jugak mama nak menjawabnya.. kakak mama yang ni adalah kakak yang paling rapat dengan mama sama rapatnya dengan kakak yang atas pada mama tu.. banyak benda suka duka yang kami kongsi bersama.. tu yang buat mama sedih sangat.. balik malam tu, mama takdak mood ja.. pun still nangis lagi.. pastu bila en.abah balik dari surau, en. abah g tau, "ok ahad ni lepas balik sekolah Ifan, kita pegi tengok makndak.." huh..!! barula lega hati mama.. lau tak asyik teringat ja.. tak senang hati..

pic ni whatsapp dari anak buah mama hari pertama di wad.. nampak letih.. mama sedih sangat tengok pic ni.. lagi sedih bila mama tengok Izz sbb kakak mama sebelum tu baru ja msj mama kata dia rindu sangat kat Izz..

Ain dan Tasya bersama abang ipar mama.. muka senyum dalam hati sapa tau..
Lepas sessi taklimat PRA 30/12/2012 tu, mama terus pegi ambik my mum kat kampung dan terus ke Ipoh. Sampai time melawat kol 4.30 petang. alhamdulillah.. lega sikit tengok kakak mama dah beransur sihat walaupun belum pulih sepenuhnya.. kami lepak kat hospital sampai pukul 7 malam habis time melawat..

dak kecik ni sempat tidur seround kat spital..


 
Abang mama yang dari Shah Alam pun turun padang.. Yang baju kuning tu anak kakak mama yang sulung. dah becucu dah kakak mama ni.. actually kakak mama ni 8 orang anaknya, semua balik kecuali sorang ja tak dapat balik..

Izz menjadi rebutan angkara melepaskan kerinduan...

Lepas balik hospital kami singgah umah kakak mama jap sebelum malam tu bertolak balik semula.

Sebelum balik rumah tu, sempatla kami makan malam kat Mee Rebus Ramli kat Precint 18, Pasir Putih, Ipoh ni. sedap rupanya mee rebus ramli ni, patutla masuk jalan2 cari makan..  lain kali haruss pegi lagi..


Tetap mendapat perhatian walaupun tengah poo poo... hahaha.. dulu masa anak2 buah mama ni kecik2, mama yang jaga dorang, sekarang ni dorang pulak yang jaga anak2 mama..

abang mama aka Paknjang + Maknjang open table malam tu.. hehe tq paknjang + maknjang..


ni ha.. mee rebusnyer..

Malam tu dari Ipoh mama bertolak pukul 11.30 malam. sampai kampung hantar my mummy pukul 1.30 pagi. mengantuk sangat en.abah so, kami tidur dulu kat kampung dan esoknya pagi2 baru balik dan terus hantar mama g keja.

dak kecik ni bangun awal.. excited nak jalan lagi.. hmmm bukan pegi mana yer Izz, hantar mama g keja pastu balik umah..

 





Abang Ifan tidur g masa ni.. kita pose kita ja la..
akhirnya mama selamat sampai opis dan memulakan tugas dengan senang hatinya lepas dah g ziarah kakak mama tu.. walaupun dia masih lagi tak keluar wad, at least hati mama dah rasa lapang lepas tengok dia.. semoga dia cepat sembuh.

masa mama pose entry ni, alhamdulillah kakak mama tu dah discharge 1 January 2013 yang lalu. tapi conditionnya masih lagi tak pulih sepenuhnya... masih lagi kena banyak rehat.. semoga kakak mama cepat sembuh dan tak kena attack lagi.. amin..