CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

Tuesday, May 5, 2009

My Belated Birthday Story

Happy besday to me... happy besday to me.. oh.. sedar tak sedar aku dah pun berusia 32 tahun pada 11/3/2009 yang lalu. Aku tak rasa diri aku tua, masih hip hop cam dulu jugak.. tapi cuma aku macam tak percaya begitu cepat masa berlalu. azam aku untuk usia aku yang baru ini, aku nak jadi lebih baik dari tahun2 sebelumnya dari semua segi. masih terlalu banyak yang belum aku capai dan aku dapat walaupun usia aku telah mencapai suku abad, tapi aku tetap tabah dan aku tetap berdoa supaya aku terus tabah dalam menghadapi dugaan, kebahagiaan dan keperitan hidup. Sempena dengan usiaku yang baru ini, aku persembahkan kepada diriku sendiri dan sesiapa saja yang melawat blog kesayanganku ini sejarah kehidupanku sepanjang bergelar kanak2, remaja, tunangan orang, isteri, dan seterusnya ibu kepada 2 puteraku yang sangatku kasihi.. kisah seorang aku.. RUWAIDA BINTI MANSOR

Aku the latest Zoo Taiping 1/5/2009

Anak-anak mama Muhammad Ikmal Daniel (6 tahun) dan Muhammad Irfan Danish (1 tahun 5 bulan)

Birthday present from Hubby

Birthday Kad dari Fadhilah & Co.
Dan juga mug ni
Yang ni daripada Yana, Deknon dan Kak Midah
Yang ni masa aku pgnant kat Irfan. Besar kan perut aku.. hehehe
Yang ni masa aku Pregnant kat Ikmal

Yang ni masa bertunang 1/9/2001 ah.. darah manis gitu..

Setelah bergelar isteri 6/9/2002

Selamat Pengantin baru.. 7/9/2002


Masa ni baru seminggu kawin..

Masa bercinta2..

Masa ni dok study kat Ittar Alor Setar 1998-2000

Kem Bina Negara kat Kulim


Masa ni presentation subject English. Kononnya businesswoman la.. hehe


Ni muka budak2 yang balik dari kampung setelah habis cuti raya

Aku bawak kawan2 serumah balik kampung masa cuti semester. Kat Bukit Merah

Bermulalah perangai kami kat umah sewa.. seronok gak sekali sekala jadi budak tak cukup akal

Masa ni time cuti jumaat, sabtu, biasala.. bangun lambat, perut lapar, belum mandi, belasah keropok dulu pun jadi. masa ni aku teringat satu kisah. kami goreng ikan bilis untuk makan tengahari. tengok kucing, kesian pulak, kami gaul ikan bilis tu dengan nasik, bagi kucing tu makan. last2 kami pulak yang makan cam kucing tu, gaul ikan bilis dengan nasik. nampak macam sedap pulak tengok kucing tu makan, tak lengah lagi, kami pun ikut jejak kucing tu..

Ana dan Yan.. Yan, dimanakah kau sekarang...!

Birthday yang ke 23

Masa ni ada projek anak angkat kat Kpg Sungai Batang. Masa ni kat Tasik Pedu. Budak yang pakai Tudung putih tu junior aku. dia dah meninggal sebelum sempat habiskan study. Cancer. smg rohnya dicucuri rahmat.. al-fatihah


Dalam bilik study. tengok tu, tak habis2 nama dan gambar bofrend. di mana2, sumber inspirasi la konon..

Dengan kawan2 serumah p ronda2 kat tasik melati, perlis. alamak, boyfrend sapa yang tlong bawak p tu...

Ni kat Reject Shop, Pacific. Aku bekenan baju yang kat dalam overall tu. tapi maklumla student, duit tak dak. harga dia kalau tak silap aku dalam RM39.90. Manala student cam aku mampu. banyak g benda len boleh aku buat dengan duit tu. last2 aku masuk dalam fitting room, pakai, tangkap gambar pun jadila.. untuk lepas gian.. ingat2kan balik lawakla..

Hari Konvokesyen di Dewan Muktamar, Pusat Islam Kuala Lumpur

Intan, best friendku. teman susah dan senang sewaktu di ITTARAS. I miss u..

Adik2 Intan


Yang ni pulak zaman aku sekolah menengah. aku Prefect. Kami ni 4 sekawan yang bergelar ZRNS

Aku dulu fanatik Fauziah Latiff dan KRU

Aku tak boleh tutup mulut satu hari senyum memanjang sebab gembira sangat dapat jumpak Gee hari ni.. aku sanggup tunggu dari pagi sampai petang, tuang kerja dan pinjam camera member, siap pergi sorang2 lagi semata2 untuk jumpak Gee. bila dah jumpa tu.. tiba2 rasa minat aku yang mendalam kat Gee tu mula berkurangan.. minat, tu minat gak, tapi tak la sampai termimpi2 cam sebelum jumpa dia..

4 dara pujaan kampung.. hehehe..

Zainab, best friend aku dari sejak tadika sampai sekarang.. cuma sekarang ni kurangla sikit sebab jauh.. tapi still contact dan gosip2.. hehehe..

Aku dan Leha

Ni masa kem bina semangat, biasala.. dah ada yang pecah rahsia aku suka menyanyi.. kena getahla.. kena denda menyanyi.. lagu yang aku bawak masa tu Right Here Waiting by Richard Marx

Inilah gambar pertama yang aku bagi kat hubby sewaktu mula2 bercinta dulu.. hehehe.. dia cukup suka aku pakai baju ni. baju ni aku beli kat Johor. gaji pertama aku kerja kat sana. Masa tu, tak pandai shoping, baju butik pun belasah beli. kena la RM200 lebih. padan muka.. mentang2la baju sutera baru keluar masa tu.. kena getah la.. beli kat butik lak tu.. lagi la kena sembelih..

Simanis 17.. ahaks..

Cikgu yang pakai tudung hijau tu, cikgu kesayanganku.. cikgu yang pakai baju maroon pegang mulut tu.. cikgu yang menyayangiku.. ahakss.. tak kuasa...!!

Bersama student kat PROSPECTECH COMPUTER SDN.BHD. Masa ni aku kerja kat Selama, aku jadi tutor/clerk kat situ. best masa kerja sini. student2 suma sayang kat kita.. bila student faham, boleh buat, menjadi satu kepuasan pada aku. apatah lagi bila tengok student boleh menaip laju, boleh pass exam, aku gembira. tapi aku kadang2 letih bila dah lama kerja sini. maklumla.. kdg2 aku kena ajar geng2 pejabat daerah yang agak veteran, alamak.. nak tegur nanti dorang kecik hati lak.. tapi bila 2 kali seminggu mai kelas, mana la dorang boleh pickup sangat, kejap2 "cikgu, camana ni, saya lupa la.maklumla.. orang lama.." ayat tu yang tak tahan tu.. tapi seronok ajar geng2 veteran ni.. depa jumpak kita kat mana2 pun sampai sekarang, masih lagi ingat kita.. cikgu! cikgu! cam malula pulak aku..!!

Masa ni birthday aku yang ke..19.Celebrate dengan student2. banyak dapat hadiah masa ni..


Yang Sebelah aku tu student aku yang paling manja sekali dengan aku. RUPA DEVI D/O CHET SINGH. Lost contact. di manakah kau RUPA..

Birthday aku yang ke 20, best friend aku ANA


Dinner kat Hotel Equatorial Penang. Ni suma staff PROSPECTECH COMP SDN.BHD. Staff kat sini suma ex student. Bos kami suka ambik ex student untuk jadi tutor balik sebab dia kata hanya ex student saja yang faham apa yg sorang student perlukan..bagus gak idea ni..

Cantik kan? bukan aku.. pemandangan belakang tu..masa ni Dinner kat Langkawi masa aku kerja kat Lawyer Firm kat Kulim

With my sisters

Dulu, kini dan selamanya aku memang rapat dengan anak2 buah


Pertandingan Nasyid. Jadi tekong tu aku la..

Darjah 6. Aku di sebelah Kiri Cikgu kesayanganku Cikgu Zarina Yahaya.


Aku tak banyak gambar masa kecik. Yang Nombor dua dari Kanan tu barisan depan, aku la tu.. (yang pandang ke kiri)


Darjah 5, rombongan ke Zoo Taiping

Bersama anak buah aku Adam.

Darjah 5. Aku dan anak buah, Shakeer..

Darjah 4, Bintang kecil dapat nombor 2. masa tu nyanyi lagi Noraniza Idris, mengemis rindu.. ahaksss
Aku sayang sangat baju ni dulu..

Darjah 1, Zubir, Dah dan Aku. ada acara sukaneka kat barrack polis abang ipar Aku, bapak Zubir. kami dengan muka tak malunya menyanyi lagu kuda kepang yang anuar dan Elina nyanyi tu..

Masa ni tadika. sebelah budak baju belang tu aku la..

Fuhh... dekat 2 bulan aku tak update blog aku ni. kesian dia.. aku pun dah rindu sangat2. tak pela.. nak tunggu tak sebok, bila? aku rasa sampai bila pun takkan habis sebok aku ni. so, dengan bangganya aku akan mula mengupdate semula blog kesayanganku ini.. adiosss

Tuesday, March 24, 2009

Tergendala

Untuk suma diehard fans blog aku.. buat masa ini aku tengah sebok tahap gaban. so takde masa sangat2 nak update blog aku.. bila tgk blogger2 lain sebok mengupdate blog dorang aku rasa cam mawar terpinggir lak.. anyway aku akan berusaha untuk settlekan kerja aku secepat mungkin. adiosss

Thursday, March 5, 2009

Yang ni n3 lama masa 14/2/2009 yang lalu. Aku dan kawan2 buat OT. aku dan kawan2 terpaksa bawak anak2 sebab takdak orang jaga. lagipun kami nak buat OT cari fail. so, budak2 ni boleh main sama2 dan tak kacau kerja kami. Yana ditugaskan untuk tengok2 dan bagi aktiviti untuk budak2 ni semasa kami cari fail. tapi belum pun sempat kami memulakan operasi mencari, kami mendapat berita mak bos kami meninggal dunia, so, setelah di adjust, tolak, bahagi, campur, darab, tolak, tambah, kami pergi ke Perlis dengan 3 biji kereta. suma pompuan, sorang ja lelaki husband Kak Imah untuk tunjuk jalan.
main pun sama banyak dengan bergaduh

Ni nak p tengok mayat ka, nak p picnic ni. ya la, kami bawak nasi lemak untuk buat OT la kononnya, nasib baik jugak, sebelum teruskan perjalanan, kami singgah makan dulu kat GURUN, nanti umah mayat sapa nak jamu dah. sian anak2 lapaq. Kita takpa, orang tua, boleh tahan. Kami balik kol 11 sampai umah. sesekali jalan dengan kawan2 enjoy gak. kalau kita plan selalu tak jadi, bila emergency cam ni, baru leh menyelam sambil minum air. tu pun kira ok la, sebab kami tak ambik kesempatan ke PADANG BESAR. itupun sebab dah lewat, kalau tak rasanya... boleh jadi suma tu.. apa pun semoga yang telah pergi dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Yang macam lawaknya bila anak aku duduk depan2 mayat time kapan. macamla yang meninggal tu tok nenek dia. aku teringat arwah ayah aku, aku pun teriak la bila tengok time kapan tu, anak aku pun teriak sama. yang membuatkan aku terharu bila aku tanya dia kenapa dia teriak, dia kata, dia teringat kat 'tok an'. dia panggil ayah aku bukan tokwan, tok an. rupanya dia pun sama cam aku. teringat kat tokwan. hai syahdu syahdu..

Depan umah mayat boleh posing lagi. Masyaallah..

Wednesday, March 4, 2009

Jawab Tag CONNIE

Aku kena tag dengan CONNIE. banyak lagi agaknya tag2 yang aku tak jawab. soryla pada blogger yang aku belum jawab lagi tagnya. aku ni, tunggu kat ofis saja la leh aku guna pc untuk buat benda2 ni suma. kat umah aku takde pc. so, harap blogger2 suma paham masalah saya k? jangan serik untuk mengetag saya lagi k.. anyway, award ni, untuk connie, ambik la dengan ikhlas sebagaimana saya ikhlas memberinya k..


tag dari CONNIE berbunyi..


FIRST BORN JOURNAL


1. WAS YOUR FIRST PREGNANCY PLANNED?
Yes

2. WHAT WAS YOUR SECOND CHOICE NAME FOR YOUR OPPOSITE GENDER NAME?
A) NUR ARISSA DANIA
B) NUR DANIA IRDINA


3. WHAT WERE YOUR REACTIONS?
Sedih, gembira, bersyukur, bangga, insaf


4. HOW OLD WERE YOU?
26 years old....


5. HOW DID YOU FIND OUT YOU WERE PREGNANT?
PERIOD Lewat 2 minggu, cek terus kat klinik, confirm..


6. WHO DID YOU TELL FIRST?
Hubby, Niece yang paling rapat, Kakak yang paling rapat


7. DID YOU WANT TO FIND OUT THE SEX?
mestila.. masa tu harap sangat dapat girl


8. DUE DATE?
28/6/2003


9. DID YOU HAVE MORNING SICKNESS?
Ada, tapi tak teruk sangat, average muntah pun tak sampai 10 kali during pregnancy


10. WHAT DID YOU CRAVE?
a) Kulat/cendawan yang tumbuh dekat pokok getah atau kayu yang tumbang, kayu kering, orang utara kata 'kulat sisiaq'
b) jeruk buah bidara


11. WHO/WHAT IRRITATED YOU THE MOST?
ex bos dan bau badan hubby


12. WHAT WAS YOUR FIRST CHILD'S SEX?
Boy


13. DID YOU WISH YOU HAD THE OPPOSITE SEX ?
Nak girl. Tapi kalau dah TUHAN tak nak kasi, redho jer. mungkin ada hikmah disebaliknya dan sesungguhnya ALLAH maha mengetahui di atas setiap sesuatu yang berlaku..


14. HOW MANY POUNDS DID YOU GAIN THROUGHOUT THE PREGNANCY?
In total =22kg daripada 38kg time baru kawin sampai deliver 60kg


15. DID YOU HAVE A BABY SHOWER?
Memang la, hari2 sebab mak sebok uruskan benda lain masa tu. maklumlah dah lama tak jaga cucu. lagipun kita dah sihat, kita boleh buat dah suma tu..

17. DID YOU HAVE ANY COMPLICATIONS DURING YOUR PREGNANCY?
Alhamdulillah takder apa2 walaupun selalu jatuh


18. WHERE DID YOU GIVE BIRTH?
HOSPITAL KULIM, KEDAH


19. HOW MANY HOURS WERE YOU IN LABOR?
Around 3,4 hours kot lebih kurang in operation theatre


20. WHO DROVE YOU TO THE HOSPITAL?
Hubby, Mak, Ba dan Kakak


21. WHO WATCHED YOU GIVE BIRTH?
Ntah, tak tau sebab bius semua, tak sedar langsung.


22. NATURAL OR C-SECTION?
Ceasor section


23. DID YOU TAKE MEDICINE TO EASE THE PAIN?
Takde, masuk wad pun dalam keadaan sihat2 sebab overdue 10 hari, nurse induce, tapi masih tak sakit, dan masih 4cm tak terbukak terus, baby pun dah nak lemas, so, dr bagi result kena ceasor jer.


24. HOW MUCH DID YOUR CHILD WEIGH?
2.95kg


25. WHEN WAS YOUR CHILD ACTUALLY BORN ?
07/07/2003


26. WHAT DID YOU NAME HIM/HER?
Muhammad Ikmal Daniel


27. HOW OLD IS YOUR FIRST BORN TODAY?
6 Years


28. WOULD YOU DO IT AGAIN?
of course. second child aku sekarang bulan Disember ni 2 tahun, mungkin dalam tahun depan lak kot. mana tau ada rezeki girl lak.
SO, INILAH MUHAMMAD IKMAL DANIELKU..
sewaktu 5 bulan


gambar latest 6 tahun

Monday, March 2, 2009

Ni cerita lama, korang pernah dengar buah NAMNAM dak? dulu masa aku pregnant kat si Irfan ni, aku tak la mengidam buah ni, tapi bila satu hari tu aku ke Kelantan kenduri nephew aku, tengah makan aku ternampak la buah ni ada kat umah pengantin tu. masa tu aku baru pregnant dalam 2,3 bulan cam tu la. so, tak lengah lagi, kakak aku tolong mintakkan buah tu yang aku nampak bergayut cantekk punya kat pokok dia. tu la untungnya jadi 'dang anum' ni, nak apa pun suma orang bagi. satu plastik beg aku dapat, buah ni tak sedap di cicah dengan kuah rojak cam buah lain, just cicah garam jer.. sedap tu... rupa2nya, betol la time tu anak aku yang nak, bukan aku yang nak buah tu. bila Irfan dah besar, dia suka sangat dengan buah ni. Aku pun tak tau, one day, dia bawak balik buah ni dari umah Pengasuh, orang mengasuh kata, anak aku suka sangat buah ni, ooo betolla... dulu masa dalam perut, dia dah makan. aku ni, time tak pregnant pun memang jenis yang suka asam2 ni, aku pun ambik kesempatan la nak makan buah ni lagi sekali, Pengasuh bagi 4 biji, yang 3 biji tu aku la, Irfan sebiji dah la, budak2 tak elok makan masam kan? hehehe..

ni la buah NAMNAM

Setelah di buang bijinya. cara kupas, belah dua jer, buang biji, basuh dan makan
Irfan menikmati buah NAMNAM

Ni Ikmal punya homework. ok la, dengan umur dia yang 6 tahun tu, tulisan macam ni di awal2 tahun ni, pada aku bolehla... mungkin hujung2 tahun nanti boleh cantik lagi kot tulisan dia. tapi time nak tulis pun bercinta, tulis sebaris, sebok dengan cartoon dia, tulis lagi sebaris, adik pulak kacau, kadang2 aku kata, 'tulis cepat2, dah siap senang, ni dok tulis lambat2, macam mana nak siap'. tapi bila fikir2 balik, nak cepat camana, orang tu pun baru belajar, kalau kita kacang ja la benda2 cam ni, ni budak tu pun baru belajar, apa la punya mak? hehehe..



Satu hari di hari cuti


Ikmal dan Dini breakfast







Muka blur Irfan nek LRT
Cayang Anak2 Mama