Kau sinaran bulan
Menyerikan bintang-bintang
Kaulah fajar yang menerbitkan pagi
Kau sirami embun Menyegarkan pepohonan
Kau bukakan tabir siang untukku
Kau berikan mama
Kasih sayang maha suci
Betapa agungnyaTiada ternilaikan
Oh mama, oh mamaku
Tiada cinta yang suci
Setulus cintamu
Ku suntingkan mama
Sekuntum mawar putih
Sebagai lambang kesucian cintaku
Begitulah kasih sayang seorang mak. 21/1/2009 birthday mak aku yang ke 73. happy birthday mak..!! semoga panjang umur, murah rezeki dan bahagia selalu serta diberi kesihatan yang berpanjangan.. IDA SAYANG MAK.. MMMMUUUUAHHH. Inilah mak aku, mak yang aku rasakan tiada mak yang terbaik didunia ni macam mak aku. mungkin orang lain juga mempunyai perasaan dan pandangan yang sama dengan aku, mengatakan mak mereka juga adalah mak yang terbaik didunia. Aku tidak menafikan itu.. Mak aku seorang yang penyayang, pengasih, pemurah, peramah, penyabar, cukup menjaga hati orang, apatah lagi hati anak menantu dan yang seangkatan dengannya. bila kami anak2 cucu balik kekampung, makla orang yang paling gembira dan sebok melayan karenah anak cucu, sebok melayan makan minum walaupun kadang2 makan minum dia pun tak terjaga. Bila anak cucu berhimpun, maklah orangnya yang pagi2 lagi akan ke kedai membeli barang2 dapur dan lauk pauk untuk dimasak sekiranya masih ada lauk pauk yang tak mencukupi. kalau dah cukup pun mak masih lagi ke kedai untuk mencari sesuatu untuk menjamu anak cucu. aku selalunya bila dah sekali sekala balik kampung, akulah orangnya yang bangun paling lambat dalam kategori anak2 perempuan dan menantu mak. (aku pun ambik kesempatan gak beb) tapi dari aku kecik sampai aku dah jadi mak orang ni, mak tak pernah bising2 kejutkan aku suruh bangun, buat kerja dapur. pada mak, dah besar, dah anak dara pandai2la fikir sendiri. Mak tak pernah nak ambik tau maksud aku tak pernah jaga tepi kain orang lain, jiran dan anak menantu, pada mak, dalam insitusi keluarga anak2 menantunya, 'MASING2 PERAHU, MASING2 KAYUH'.. bila kami anak2 ada masalah, kalau masalah itu kami rujuk pada mak, mak akan memberikan nasihat yang pastinya akan membuatkan kami berasa lega.. dan pastinya akan disusuli dengan pandangan yang bernas, doa2 dan ayat2 Quran untuk diamalkan. apa saja yang kami sebagai anak2, menantu, cucu berikan, mak tak pernah menunjukkan sikap tak suka. pada mak, semua itu harus diberi penghargaan atas ingatan kami padanya. sikap mak yang tak pernah memaksa, tak juga melarang tetapi memberi tunjuk ajar itulah yang membuatkan aku cukup MENGHORMATI DAN MENGAGUMI MAK. Aku tak dapat bayangkan hidup aku ni sekiranya mak dah tak ada. yang pastinya masa itu akan tetap sampai sama ada mak yang pergi dulu, atau aku yang pergi dulu.. bukanla aku nak bercerita tentang mak aku yang kononnya dia sorang sajala mak yang the best di dunia ni, tapi aku meluahkan kebanggaan aku menjadi anaknya.. buat you all semua di luar sana, sayangilah ibu anda, berilah penghargaan, berbaktilah dan tunjukkan kasih sayang kita pada dia, selagi peluang masih ada, tidak semestinya pengorbanan wang ringgit, seorang ibu yang tulus hatinya tidak pernah mengharapkan wang ringgit anak2nya. yang penting pada dia, anak2 tidak lupakan dia, tetap ambik berat dan terus bertanya khabar, jangan sampai kita menyesal dalam memberi perhatian sebagai seorang anak pada ibu kita dan waktu itu, kita pastinya akan rindu untuk memanggil seorang wanita dengan panggilan mak.. apapun aku cukup bangga menjadi anak mak. Begitu juga dengan anak2 mak yang lain.. TERIMA KASIH MAK.....
Ketabahan dan kesetiaan seorang isteri disaat2 suami bertarung dengan maut
Mak... engkaulah ratu hati kami..
Alamak, mak malu kot nak posing dengan anak bongsunya yang belum mandi ni..
Dalam Perjalanan Ke Mekah pada tahun 2004
Berpoya2 ke Penang
Mak dan best friendnya. Makcik ni sebelah umah aku. Inilah kawan baik mak aku. Setiap petang makcik ni akan datang umah mak aku dan borak2 dengan mak aku. dia jugala yang selalu ambik berat tentang sakit demam mak aku. Makcik ni pun dah tak ada suami. So, kalau pape acara yang mak aku nak pegi, selalunya dengan makcik ni la. kalau apa2 hal aku tak dapat contact mak aku, aku akan call umah makcik ni untuk tinggalkan mesej. kalau aku call mak aku tak dapat pun aku akan call umah makcik ni untuk bagitau mintak mak aku charge handphone. besala.. kadang2 orang tua2 ni, dia tak tau nak tengok batery weak ke apa.. So, makcik nila yang jadi informer kat mak aku. banyak jasanya makcik ni kat aku sekeluarga..
sebelah Makcik best friend mak aku ni, kawan baik mak aku gak merangkap tok guru mengaji mak aku.