Mama ni kejap timbul kejap tenggelam.. hihi.. ntahla apa yang disebokkan, rasanya terlalu banyak nak story, smpai tak terstory kot.. last2 bersawang.. kadang2 tabik spring gak ngan
SIL mama, hari2 update blog.. walaupun takder gambar, tapi masih bagi masa untuk cuci2 sawang kat Blog sendiri.. hehe.. okehla.. dek kerana Story mama kali ni masih panas2 lagi, mama terpanggil untuk hapdate blog hari ini.. buat mengubat demam mama ni.. baca blog sndiri agaknya boleh kebah demam kot.. haha..
Family Day Datang lagi....!! ya..!! actually tahun ni adalah tahun ke 2 Family Day sebelah family mama. sebenarnya family mama ada buat kutipan tabung family. sebulan RM20.00 dan kami namakan tabung tu TABUNG AL SOFEA.. sempena nama Tok aka mak mama.. dan bermula taun lepas, kami gunakan duit tabung tu untuk family day.. taun lepas, blog tak berhapdate kan.. so no story mory pasal family day, hanya pic saja yang mama upload kat Facebook mama.. seperti taun lepas, ahli2 dan bukan ahli TABUNG AL SOFEA yang join family day adalah seramai 48 orang, 9 biji kereta, dan lebih kurang 9 family termasuk baby2 dan kanak2 ribena.. kalau taun lepas family day mama dibuat di Tanjung Tuan Beach Resort, Port Dickson, taun ni pulak tak jauh, kat Penang jer. tapi kami stay 2 malam kat Naza Taliyya Hotel & Hydro Hotel.. ikutkan nak story bnyak nak story ni.. layankan ajer piccas nyer dulu k..
|
Masa sampai, destinasi pertama untuk makan Tengahari kat Tesco Penang |
SESSI PHOTOGRAFI BERMULA..
|
antara geng2 mandi kolam yang sangat happy bila berjumpa |
|
mcm nak ngambik gambar retis.. |
|
gaduh2 manja antara Afeef dan Izz |
|
Menunggu Check in sampai terlena |
|
Izz buat macam rumah sendiri.. suka hati dia nak menjelajah satu lobi hotel |
|
Power puff gurls.. |
|
Boboiboy.. |
Selesai sessi photografi, acara picnic bermula.. makanan petang tu disponsor oleh TABUNG AL SOFEA dan di masak sepenuhnya oleh kakak mama anak beranak yang duduk di Kampung Permatang Pak Elong Kepala Batas..
|
Hari Pertama kat Naza Taliyya, picnic time.. |
|
5 of US.. |
Selesai picnic, kami keluar dinner. destinasi malam tu kat teluk tempoyak. Malam tu kami semua ambik kesempatan untuk celebrate birthday party Tok budak2 ni 21 Januari, Kakak Mama 3 Februari dan Suaminya 1 Januari, anak buah mama Aiman 14 Januari dan anniversary Tok dan arwah Tokwan 5 Februari.. walaupun Tokwan dah tak ada lagi.. tapi tarikh itu tetap kekal dalam ingatan kami semua..
|
Dinner kat Seafood Paradise Teluk Tempoyak yang sedap dan berpatutan.. dengan makan seramai dkt 50 orang ni, hanya RM500 ++ ok la kan..
|
|
Esoknya bekfast time rupanya kat lobi ada naga datang hotel, bagi buah limau.. |
|
Bekpes kat Hotel Naza ok la jugak, walaupun tak banyak menu sangat.. tapi memenuhi citarasa semua peringkat umur.. |
|
Lepas bekpes kami siap untuk check out dan gerak untuk ke hotel kedua sebelum tu.. lunch dulu kat gurney drive+pose.. |
|
Tak sedap langsung makanan kat Khaleel restoran ni.. Mama tak makan pun.. |
|
Ini budak sangat happy tak kira dalam keadaan apa sekali pun.. hehe.. good boy.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
pic 2,3,4 kat hotel Hydro.. |
|
sampai kat Hydro Hotel, ini aktiviti pertama Izz.. |
|
Kat sini mama tak sempat ambk bnyak pic, ntah kenapa ya.. apa yang disebokkan sangat.. huhu.. |
Aktiviti kami di hari kedua tu, bermula lepas asar semua keluar mencari makan, semua tpt untuk dilawati dah tutup pukul 4 lebih, pukul 5, so, kami mcm tak ada haluan nak pegi dan masing2 dah terpecah angkara jalan jam teruk. maklum la CNY.. nak2 pulak kami semua ada 9 biji kereta, mmg payah nak handle, ada yang tersesat, kedepan, ke belakang dan mcm2 lagi.. ntah tetiba masing2 dah terpisah. dan akhirnya kami berjumpa kat hotel saja dalam pukul 12 lebih untuk acara lucky draw.. Hadiah Lucky Draw kali ini disponsor oleh Bendahari TABUNG AL SOFEA dan dibawakan oleh IKEA..
|
Kata2 aluan daripada anak bendahari.. |
|
Hadiah Mama.. dicabut oleh en. Abah dan dapat nama sendiri.. hihi.. |
|
Masing2 dengan hadiah masing2 |
Hadiah Lucky Draw ni diberikan kepada Ahli2 tabung lama dan yang baru menjadi ahli.. happening.. semua suka hadiah masing2.. yang paling happy abang mama yang berbaju biru tu sebab dia dapat hadiah pertama, lampu berdiri/lampu sudut yang sememangnya dalam planning dia untuk beli.. orang mengantuk disorongkan bantal la nampaknya kan.. well berakhirlah hari kedua kami dan esok adalah hari terakhir..
Hari terakhir ni nampaknya masing2 bakal berpecah sebab, abang2 mama akan balik terus ke KL dan kami yang dekat2 ni mungkin meneruskan mini family day kami menghabiskan sisa2 cuti yang ada.. layan dulu photoshoot sebelum balik..
|
Kakak mama yang dok kat Ipoh aka Makndak
|
|
Anak Buah Mama yang lelaki tu.. pic ni diambil sempena 3 boy anak2 mama VS 3 gurl anak2 dia.. hihi.. 3 i vs 3 a.. |
|
Kakak mama aka tukang masak menu Picnic |
|
Abang mama aka en. bendahari |
|
SIL mama yang tersedondon lak ngan en. abah dan Izz.. hehe.. |
Selesai check out dari Hydro Hotel, kami semua berpecah ke destinasi msing2.. abang2 mama terus balik KL, dan kami yang tinggal ni terus ke Balik Pulau untuk pekena Laksa Janggus..
|
mak aii.. que la pulak nak beli goreng pisang mabelesnyer.. tapi mmg sedap laksa dan goreng pisangnyer smpai mama terlupa nak snap piccas.. huhu.. |
Dek kerana terperangkap dalam jam yang agak lama, tetiba perut kami semu buat2 lapor.. dan kami melencong dari ke terminal feri dan terus ke KAPITAN.. Mama agak setuju jugak sbb tak pnah pegi lagi kat sini.. tambah kilo, tambah kilo..kuikuikui..
|
Nan Cheese + Tandoori.. |
Akhirnya.. inilah destinasi terakhir kami di Penang.. dan setelah sejam lebih menunggu feri, kami pun sampai kerumah pada pukul 12 lebih kurang. penat sangat mcm pegi jauh.. padahal penang jer.. agaknya sbb banyak aktiviti terkejar ke sana, ke mari, aircond, panas, aircond, panas.. dan Ikmal mula menampakkan ciri2 nak demam.. balik dari penang mama dan kakak mama berkampung di rumah kakak mama yang lagi sorang di Sungai Semambu, bukit mertajam.. esoknya kami masih meneruskan aktiviti mini family day lagi.. di mana?.. hahaha.. Ipoh pulak..!!
|
Si Demam yang sempat memberikan pose walaupun tak mampu dah nak senyum.. |
Mcm tula berakhirnya 3 hari 2 malam Family Day mama kali ni.. tak larat la mama nak masukkan semua pic sbb mama dah masukkan dalam facebook sebelum ni.. huhu.. destinasi taun depan masih dalam perancangan.. kata en. bndahari kasi penuh duit tabung dulu baru boleh plan lain.. sehingga ke tarikh blog ini ditulis, mama masih dalam family day mood.. hihi..
**GAMBAR SELINGAN SEPANJANG FAMILY DAY**
|
Mama dan Hero Tecik mama ni.. |
|
1st time izz naik benda ni, muka blur.. hihi |