CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, March 11, 2013

36 Sudaaaaa...


Happy Birthday To Me.. waa.. pejam celik, hari ni mama dah pun 36 tahun.. selamat panjang umur.. Semoga di usia 36 tahun ini ;-



  • REZEKI mama akan bertambah2 dan diberkati;
  • mama diberikan KESIHATAN yang lebih baik serta hidup mama dirahmati Allah;
  • mama lebih KURUSSS dan lebih CUN lahiriah dan batiniah..
  • mama menjadi HAMBA ALLAH yang lebih BERIMAN DAN BERTAQWA kepadaNya;
  • mama menjadi ISTERI yang lebih baik untuk en. abah;
  • mama menjadi MAMA yang lebih baik untuk anak2 mama.. Ikmal, Irfan dan Izz;
  • mama menjadi PEKERJA yang lebih cemerlang dalam tugas;
  • mama menjadi ANAK yang lebih baik untuk Mak dan arwah Ba mama;
  • mama menjadi ADIK yang lebih baik untuk kakak2 dan abang2 mama;
  • mama menjadi manusia dan WARGANEGARA/NEGERI yang dapat memberi sumbangan untuk negara/negeri
  • mama menjadi KAWAN yang lebih baik untuk semua kawan2 mama...
Banyaknya harapan mama di usia 36 tahun ni kan.. semoga mama lebih cekal mengharungi hidup yang penuh onak dan duri, tangis dan tawa..

Insyaallah... amin...





 

Monday, March 4, 2013

Rushing..

Dah 4 March 2013.. cepatnya masa berlalu.. bulan ni bakal jadi bulan rushing mama rasanya sbb bulan ni en. abah nak pegi training polis sukarelawan selama seminggu kat langkawi, dan yang paling membuatkan mama runsing sbb babysitter Izz cuti sebulan sepanjang march ni sbb nak uruskan kenduri anak dia hjg bulan ni. kenduri pulak first time, so, mmg banyakla preparation yang kena diuruskan.. hadoi.. penat kepala mama ni nak pikirkan semua mslh yang bakal timbul. pokok pangkalnya yang menjadi mslh utama sbb mama tak boleh drive, nak kena kejar bus, kejar teksi, mana nak hantar anak2 ke sekolah, semua tu kejar masa. walaupun hanya seminggu penderitaan itu bakal mama harungi sepanjang en. abah ke Langkawi nanti, tapi dah tak lama lagi, minggu depan ja lagi.. phew.. semak kepala mama pikir semua ni.. lepas en. abah balik training mama tak risau sangat sbb dia ada untuk uruskan anak2.

Nampak gayanya terpaksala mama import mak mama aka tok Felda untuk tlg jaga Izz dan tengok2 Ikmal dan Irfan sepanjang seminggu.. Mak mama tu bukannya kuat sangat. bolehlah habuan kuat semangat ada orang teman kat rumah ja nanti. harap2la Izz terus behave sepanjang Tok jaga. Bila Ikmal dah balik, mama tak risau sangat dah, sbb Ikmal bolehla diharap untuk jaga adik2nya..

Nampaknya mama kena beli stok barang basah untuk seminggu, ikan, sayur, stok makanan anak2 untuk ke sekolah, dan mama kena masak siap2 malam dan esoknya Tok cuma panaskan saja, manala tok ada masa nak msak pulak sbb Ikmal sekolah. sapa nak tengokkan Izz kalau dia tak tidur. waa makin banyakla kerja mama ni. 

Hmmm semoga mama boleh jadi supermom sepanjang en. abah tak ada nanti.. (#mode.. susah hati.. serabut..)