CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, January 4, 2013

gogogo.. ale ale ale...

hahaha.. dah lama mama tak tengok abah lawan bola, sebelum ni pun bukannya mama ambik pot sangat bila abah beraksi.. takdak jiwa sukan mama ni.. petang semalam  saja abah bawak kami g stadium batu kawan sbb dia ada lawan bola.. ikutkan mama malas nak ikut, tapi sbb abah takut lewat, so dia terpaksa bawa anak2 dan fetch mama balik kerja dan terus ke sana.. mama ikutkan jerla..

Izz yang sentiasa happy bila lam kereta.. janji leh jalan2..

hujan sepanjang jalan.. izz tengok hujan..



abah sedang beraksi.. masa ni mama baru sedar penglihatan mama dah tak sebaik dulu.. isk isk isk.. tengok player pun dah kembang2...

Izz ada semangat nak tengok bola..
Tengok tu.. khusyuk jer.. pandai ker tu..

sebok melayan 3 hero ni, tengok2 dah masuk maghrib.. game over... pergghhh lega..bukan apa.. buhsan lama2 kat padang ni..huhu..

BACK TO SCHOOL..

Mungkin agak lewat mama nak story pasal back to school ni.. tapi ttp gk nak tepek story basi ni.. hihi.. taun ni mama sebok sikit sbb Ifan pun dah masuk Pra Sekolah. sebelum ni Ifan tak penah masuk mana2 tadika. so, taun ni rumah makin sunyi kalau hari cuti sbb tinggal Izz dan mama jer..

By the way, Ifan mama tengok takla excited sangat nak sekolah mcm abang ikmalnya dulu.. taktaula apa yang ada dalam kepala dia, tapi bila mama tanya nak sekolah tak? dia kata nak.. cumanya time pilih beg sekolah, barang2 sekolah, semua diserahkan pada idola dia, abang. abang kata yang tu cantik, yala, amk yang tu, abang kata yang ni tak ok, mmmm tak payah beli yang tu.. dasyat pngaruh abang dalam jiwa ifan ni.. sbb tu mama selalu nasihatkan ikmal supaya jadi contoh yang terbaik untuk ifan dan izz.. layankan jerla piccas back to school ni..

susah norr nak cari kasut ifan.. kaki kecik..

mmm taun ni ikmal dilantik jadi pengawas sekolah.... so, taun ni semua uniform kena tukar baru..semoga ikmal jadi pengawas yang bertanggungjawab..
Ikmal dah besar dan dah boleh pegi sendiri ke sekolah, maksud mama abah tak perlu hantar Ikmal masuk kelas semua, dia dah darjah 4 kan.. dah pandai berdikari dah.. lagipun yuran, buku semua dah settle awal sbelum sessi persekolah bermula.. so, abah cuma hantar dan tengok dia jap, pastu balik amk mama dan adik2 untuk hantar ifan ke pra sekolah pulak.. rupanya Ifan pun good boy.. tak nangis.. (mama risau jugak.. sbb dia kan tak pernah sekolah.. lama norr enjoy) tapi alhamdulillah, dia ok. dan mama dan abah pun hantar ifan sampai pintu kelas jer.. cikgu tak bagi tunggu sebab ada sorang student pompuan yang dah start nangis cari mama dier... huhu.. so, cikgu tak mau yang lain pun berjangkit dan cikgu terpaksa tutup pintu.. mama tak kisah, mama percaya pada kebolehan cikgu untuk kawal situasi tu.. lepas tu, mama, abah dan izz balikla. .takkan nak melangut kat situ lak kan..

Lepas hantar Ikmal dan Ifan, baru mama teringat, Izz belum lagi g klinik yang appointmentnya should be 23/12/2012 yang lalu.. so, mama patah balik rumah, ambik kad Izz dulu (sbb sekolah dekat dengan rumah), breakfast  dulu, lepas tu terus g klinik..

on the way nak g klinik. Izz ngantuk lagi ni. .tadi sempat tidur jap masa mama+abah breakfast..
Alhamdulillah,  rutin checkup Izz mcm biasa, timbang dengan berat 8.1kg di usia 7 bulan++. actually hari ni mama baru nak cucuk Izz yang 6 bulan punya, ritu delay sbb Izz selsema tu yang nurse bagi date lambat sikit lepas cucuk 5 bulan punya.. mama tak kisahla.. janji imunisasi tu tak missed.

ok, dah habis checkup, kuat jugak Izz nangis waktu cucuk td.. hahaha.. lepas tu ok.. jap jer.. mungkin sakit kot kali ni sbb nurse pelatih yang cucuk. sebelum ni, dia nangis sikit jer, kali ni smpai telepas puting, selop jugakla.. rupanya darah pun setitik besar lebih daripada biasa.. tu yang sakit sikit agaknya.. nurse pelatih katakan.. baru nak belajar... takpala.. tak serius sangat.. tapi sian baby mama.. huhu..

Tiktoktiktok, dah pukul 11.45 pagi, masa untuk ambk abang Ifan, kejap lagi abang ifan balik dah.. mama jengok kat kelas ifan, tak nampak dia, tapi yang bisingnya kawan2 ifan dok panggil Izzrayyan.. Izzrayyan... (anak2 jiran+anak babysitter Izz.. hahaha..). so, mama pegila dari situ, takut ada yang bukak pintu lak nanti nak keluar..

posing dulula..

Muka sakit ke Izz..
Tadaa... 12 tengahari sudaa... ooooo cikgu hantar student sampai depan gate.. so, mama tunggu kat sini ja.... smpat la tngok dari jauh Ifan duduk pakai kasut sendiri, emmm pandai pun.. kat rumah saja takmau buat sendiri..

abang ifan yang masih malu2 gitu..

terus tegur adik sayang dia tu....!!

Izz yang tengah blur2 tu pun.. nampak abang terus ceria..!!

rancak besembang.. mcmla tak jumpa sehari..


masa abah+mama tengah sembang ngan cikgu ifan tu, ni la keja dia, rindu sangat ngan gamenya.. hmmm caner ni... tak sempat tunggu sampai rumah dah..

akhirnya... sampai rumah lepas setengah jam.. belum sempat makan, mandi, dah zzzzzz..
mcm tula episod sekolah Ikmal dan Ifan tahun ni.. semoga sampai akhir taun semuanya berjalan lancar.. semoga anak2 mama berjaya.. nampaknya tanggungjawab yang mama galas taun ni lebih bertambah bila dua2 dah sekolah, dengan ada Izz lagi, mama perlu lebih pandai bahagikan masa untuk ketiga2nya dan of course untuk anak bongsu mama yang bermisai tu.. huhu.. semoga kehadiran 2013 memberikan kebahagian+keharmonian+kekayaan pada keluarga mama disamping menjadikan mama dan abah sebagai ibubapa yang lebih baik untuk semua anak2 mama.. amin..
 





Thursday, January 3, 2013

CERITA SEDIH MINGGU LEPAS

Minggu lepas Mama dapat berita kakak mama yang dok kat Ipoh tu masuk hospital sbb asma... pagi 28/12/2012 mama dapat mesej dari Ain, anak buah mama tu, airmata dah takleh stop.. ntahla rasa sedih, sayu sangat sbb baru ja bersukaria dikampung masa krismas tu hari. tetiba baru 2 hari msg2 balik ke sarang, dah dapat berita sedih tu.. apatah lagi selama ni kakak mama ni tak pernah masuk wad sebab asma walaupun selama ni kakak mama mmg pengidapnya.. habih2 sangat pun masuk emergency, sedut gas, boleh balik.. satu hari mama tak boleh buat kerja, relax jap, pastu meleleh balik airmata sampai bengkak2 mata.. nasibla bos tak masuk office, lau tak segan jugak mama nak menjawabnya.. kakak mama yang ni adalah kakak yang paling rapat dengan mama sama rapatnya dengan kakak yang atas pada mama tu.. banyak benda suka duka yang kami kongsi bersama.. tu yang buat mama sedih sangat.. balik malam tu, mama takdak mood ja.. pun still nangis lagi.. pastu bila en.abah balik dari surau, en. abah g tau, "ok ahad ni lepas balik sekolah Ifan, kita pegi tengok makndak.." huh..!! barula lega hati mama.. lau tak asyik teringat ja.. tak senang hati..

pic ni whatsapp dari anak buah mama hari pertama di wad.. nampak letih.. mama sedih sangat tengok pic ni.. lagi sedih bila mama tengok Izz sbb kakak mama sebelum tu baru ja msj mama kata dia rindu sangat kat Izz..

Ain dan Tasya bersama abang ipar mama.. muka senyum dalam hati sapa tau..
Lepas sessi taklimat PRA 30/12/2012 tu, mama terus pegi ambik my mum kat kampung dan terus ke Ipoh. Sampai time melawat kol 4.30 petang. alhamdulillah.. lega sikit tengok kakak mama dah beransur sihat walaupun belum pulih sepenuhnya.. kami lepak kat hospital sampai pukul 7 malam habis time melawat..

dak kecik ni sempat tidur seround kat spital..


 
Abang mama yang dari Shah Alam pun turun padang.. Yang baju kuning tu anak kakak mama yang sulung. dah becucu dah kakak mama ni.. actually kakak mama ni 8 orang anaknya, semua balik kecuali sorang ja tak dapat balik..

Izz menjadi rebutan angkara melepaskan kerinduan...

Lepas balik hospital kami singgah umah kakak mama jap sebelum malam tu bertolak balik semula.

Sebelum balik rumah tu, sempatla kami makan malam kat Mee Rebus Ramli kat Precint 18, Pasir Putih, Ipoh ni. sedap rupanya mee rebus ramli ni, patutla masuk jalan2 cari makan..  lain kali haruss pegi lagi..


Tetap mendapat perhatian walaupun tengah poo poo... hahaha.. dulu masa anak2 buah mama ni kecik2, mama yang jaga dorang, sekarang ni dorang pulak yang jaga anak2 mama..

abang mama aka Paknjang + Maknjang open table malam tu.. hehe tq paknjang + maknjang..


ni ha.. mee rebusnyer..

Malam tu dari Ipoh mama bertolak pukul 11.30 malam. sampai kampung hantar my mummy pukul 1.30 pagi. mengantuk sangat en.abah so, kami tidur dulu kat kampung dan esoknya pagi2 baru balik dan terus hantar mama g keja.

dak kecik ni bangun awal.. excited nak jalan lagi.. hmmm bukan pegi mana yer Izz, hantar mama g keja pastu balik umah..

 





Abang Ifan tidur g masa ni.. kita pose kita ja la..
akhirnya mama selamat sampai opis dan memulakan tugas dengan senang hatinya lepas dah g ziarah kakak mama tu.. walaupun dia masih lagi tak keluar wad, at least hati mama dah rasa lapang lepas tengok dia.. semoga dia cepat sembuh.

masa mama pose entry ni, alhamdulillah kakak mama tu dah discharge 1 January 2013 yang lalu. tapi conditionnya masih lagi tak pulih sepenuhnya... masih lagi kena banyak rehat.. semoga kakak mama cepat sembuh dan tak kena attack lagi.. amin..