CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

Saturday, March 26, 2011

CERITA BASI PART 3

Emmm.. rasanya nilah last entry cita basi aku.. aku akhiri dengan cita aku ke Kuala Kangsar kenduri adik member aku dan hubby... last aku pegi rumah dia dulu dalam tahun 2005, 2006 mcm tu la.. saja pegi sebb hubby dah lama tak jumpa dia. dulu dia ni mcm anak angkat MIL aku la.. tpi sejak masing2 dah ada fmly sendiri ni.. dah kurang berziarah.. k la.. layan jer pic kami kt sini..


ha yang cute ni anak member hubby yg 2nd. sebaya dengan umur irfan. cuma dia bulan 8 kot. cute kan? nama dia Nuradini Ramadhani.. sebab dia lahir pada bulan Ramadhan.. panggil jer nini.. memang putih sangat, cute tapi garang.. hehehe.. dia tak ngam dengan irfan sebab berebut PSP tu.. ssh nak ambik pic dia, dia tak suka tengok cmera..

yang senang tengok camera ha yang ni.. huhu..


kami duduk lama jugak la kat situ, lepas tu, terjah pulak rumah member hubby lagi sorang tak jauh dari situ.. kami lepak, makan sampai leibh kurang kol 10 baru balik.. huh..!! member lama, dah jumpak tu, borak2 tak sedar msa berjalan..

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

Emm Sabtu yang lalu 19/3/2011, HAJAR buat house warming.. aku dan anak2 serta encik hubby ke rumah hajar memeriahkan majlis.. petang baru kami pegi.. hari tu hujan lebat, tapi tak mematahkan semangat aku untuk pegi menjamu selera dirumah Hajar.. hihihi..

Masa kami sampai Irfan buat perangai, tak mau turun. so, hajar dengan baik hatinya dalam keadaan hujan menghidangkan kami makanan yang sangat enak.. so, kami makan dalam rumah ja.. tapi aku tak makan banyak pun.. aku habiskan puding dan buah. peberet tu.. nasik, aku jamah jugakla spinggan.. air asam dia best.. kata Hajar.. EN.ASBEN dia yang buat.. wahhhh kelassss.. tak lama sangat kami lepak rumah hajar sebab dah nak masuk magrib time tu.. sblum balik tu sempat jugakla snap2 pic kat rumah hajar yang cantik tu..

dengan dalia, satu2nya anak dara hajar buat masa ni.. sedap aku tengok badan dia, sedap tol bila dipeluk..

lepas makan, ha camni la budak2 ni.. game..

yang pakai baju biru tu anak buah hajar.. irfan jugak.. irfan vs irfan hehehe..

smile..

dan.. of course aku dan puan hajar wajib ada pic jugak.. thanks hajar kerana menjemput... lain kali kami mai lagi na.. sekali dengan AZIE .. kita kasi gegar..

dan.. maka berakhirla sudah entry2 basi aku.. lepas ni.. citer2 fresh la pulak bakal menyusul... insyaallah..

Monday, March 21, 2011

CERITA BASI PART 2

Emm aktiviti ni agak baru jugakla dalam 2 minggu lepas. sebelum ni selalu ke Bukit Merah ja, tapi kali ni saja nak try ke LWOT lak.. mengikut pengalaman member2, dulu petting zoo sume tu belum ada lagi.. sbb tu la kali ni masuk mahal sikit RM38.00 dewasa dan RM32.00 kanak2 melebih 90cm (rasanya lupa dah..). Irfan tak dikenakan tiket sebab tingginya cukup2 jer sampai pengukur tu..


masa kami sampai ni cuaca panas sangat.. aku actually, tak kisah punya, kalau dah kaki bergambar ni, aku tak kisahkan cuaca tu.. tapi en.asben lak kalut nak masuk dalam, geram gak aku.. sabar jer.. (macam la dia putih sangat tk mau kena panas.. hihihi..)

yang mana ada flower2 tu sebab nak cover tali pinggang den yang nampak terjojol.. hehehe..




Sampai jer kat pintu masuk ada lak minah ni panggil untuk snap pic.. "bang, kak, kita bagi free jer ambik gmbar dengan model ni.." kami pun.. emm ok..!! last2 bila siap nak pegi ambik time balik tu, "cik, sekali dengan frame RM15.00 yer.. malas aku nak argue.. bayar jer la..

Suka nor budak2 ni mandi

dah mandi lapar lak.. pekena nasik goreng 'bodo' jer.. 'bodo2' pun RM7 tu.. takla sedap pun.. bolehla..

time ni la peluang aku nak main papan gelungsor ni.. kat playground no3..!!! huhu..

Nampak tak boy pakai baju biru tu.. lawak anak cina tu.. sapa saja yang ada situ kalau slide lambat2 mesti dia tolak. dia nak dia sorang2 ja.. heheh.. tak takut mandi langsung.. bapak dia ja mandi dengan dia, mak dia dok shoot video dia la, pic dia la.. nampak macam anak orang kaya la.. toke kedai loteri kot.. hahahah


Irfan kat sini pun takut..

puas kami mndi, kami naik tren ni untuk ronda2 kat Tiger Valley dan Petting Zoo.. best jgak naik train dengan masing2 kasut tak pakai.. belasah ja.. semua pun mcm tu.. basah2 lagi naik tren..

tiger ni besar betul. rasanya kalau aku sorang lepas masuk daam perut dia tu.. kalau tak kerana depan tu ada sungai, lama dah kami yg visitor2 ni kena baham.. tengok sekor tu mcm dah get ready nak lompat jer.. lama dia dok macam tu..

masa ni pemandu pelancong tu tengah bagi makan sambil explain kat visitor pasal tiger ni. tengok dia lompat ambik daging. .ngeri.. mcm mana la dia makan orang.. herrrhhhhgggg.. nampak tak tiang kat belakang tu..? dorang letak makanan dalam sign biru tu, senang2 jer dia panjat tiang dan ambik makanan dia. sedangkan tiang tu bukan ada cabang pun.. errhhhgggg ngeriiii

lepas p kat Tiger Valley ni, kami p pulak kat Petting Zoo, tapi aku tak snap pic pun.. takde menarik sangat.. pada aku la.. bagi anak2 suka la depa tengok mcm2 pet kat situ.. lagipun train berenti kat situ 5 minit ja.. merajuk jugak ikmal sebab pegi situ sat ja... tak puas dia tengok kata dia..

lpas naik tren, kami try ke Hot Spring & Spa.. tapi tak boleh dok lama pun.. 38 darjah celcius tu.. dah la cuaca tengah panas.. kalau malam ok la..

lepas kami lepak kat sini, dalam 15 minit hujan pun turun dengan lebatnya.. nasibla kami dah puas mandi, dari pukul 12 lebih sampai pukul 5.00.. sampai dorang nak tutup la (5.45 petang).. tapi SPA ni bukak sampai kol 10.30 malam..

Oleh kerana hujan masih tak berenti so, kami tak dapatla main mainan kat funfair kat tepi pool tu.. so, kami pusing2 dalam ni jugak sampai hujan dah reda sikit... aku tak beli apa pun, hanya beli freezer magnet untuk menambah koleksi..

Masa time balik ni hujan renyai2 dan berakhir dengan gerimis.. tapi sebab aku suka brgambar, aku paksa 3 hero aku ni redah jugak. bukan selalu nak datang sini. so, kesempatan yang ada aku gunakan untuk menghabiskan menghabiskan kodak.. oooppss memenuhkan memory card.. :)

Emmm agak boleh diharap jugakla Ikmal jadi photographer cilik ni kan..

time nak mintak tolong orang ambikkan gambar, masing2 jadi peramah, tapi takper give and take, lepas tu aku pulak snap pic dorang.. hehe..


2 best friend..:)

Akhirnya.. berakhirla sudah sessi mandi manda kami hari tu.. lepas mandi tu, kami ronda ke Ipoh Parade untuk makan (tak sedap langsung kat Food Court dia) sampai pukul 9.30 malam dan balik semula ke Kulim.. kami smpai dengan slamatnya ke kulim pada kol 12.00 malam.. hergghh.. masa untuk mendobi esoknya..

to be continue to part 3..

CERITA BASI PART 1. .ahaks..

Hahaha.. kelakar dengan tajuk entry ni.. whatever.. dah betol pun.. rasanya better aku post dulu cita2 basi aku ni untuk bagi banyak sket story mory aku hehehe.. lepas ni baru aku akan post cita yang fresh yer dak?.. em.. 1st story pasal aktiviti aku time cuti sekolah ritu dan cuti 2 hujung minggu. actually, kami takde pegi jalan jauh pun. memang ada plan, tapi bajet tak cukup.. hihihi.. so.., postponed for the next time.. tunggu ada la duit la beb..

AKTIVI PERTAMA..
Kami ke DINO TREK di JUSCO PERDA. dah lama nak pergi, tak terbawak dorang ni.. so, kali ni, puan mama dan en. abah tunaikan hajat abang dan adik.. suka la dorang ni.. tapi irfan takutt..

Tak jauh la irfan dari aku sebab takut.. "hapa la irfan ni.. abang kata..."

Puas kami paksa ifan untuk snap kat dinasour tu.. surrender..

Takut ker.. mcm ni..???? budak2 takutla agaknya kan.. aku yang tua bangka ni.. apa nak takut.. hihihi..

senyum dalam paksa ni..

tengok tu, bekepit ja dengan abang.. yang tu mesin uji minda dan info.. best jugak, aku pun still ada bnda yang aku tak tau pasal encik2 dinasour tu....

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

AKTIVITI KEDUA.. RONDA2 PENANG...

Kami ke QUEENSBAY.. percaya tak, 1st dan last time aku pegi sini 4 tahun lepas. masa irfan dalam perut. bulan puasa tahun 2007.. kelakar kan.. kami ni camtu la.. jarang2 keluar bersantai.. hubby semua tunggu 'ada duit' baru nak lepak2. grrrrrrrrrr.... tapi bila kami dah start keluar pulak, sampai hari2, tiap2 minggu tak lekat kat umah... hmm mcm2 peel..



Lepas ronda kat QUEENSBAY kami ke Hammer Bay. Suggest oleh kawan aku. katanya sedap kat sini.. sebenarnya aku agak kenyang, tapi anak2 lapar nasik, so, makan kat sini habih jugakla, tapi takde feel sebb perut dah hampir penuh.. kat sini sotong goreng tepung dia best..

lepas kami makan kat sini.. emmm aku terfikir untuk ronda2 kat nite market. lama jugak rasanya tak pegi.. so, kami pun ronda2.... ronda punya ronda, punya ronda sampai kat situ kol 1 pagi.. tengok2 tutup.. aik???.. ooo rupanya ada info kata dorang yang business kat sini telah dilarang berniaga.. alamak..!! ruginya aku.. emm nampaknya makan angin sungguh la kat jalan batu feringgi tu, tengok laut, dengan angin sepoi2 bahasa.. tengok villa2, kondo2 yang wow!!..

memandangkan esok cuti, kami ambik kputusan untk lepak kat padang kota pulak.... time tu dah pun pukul 1.30 pagi.. taklama la kami lepak kat situ lebih kurang 1/2 jam ja.. pastu kami balik..


jeng3.. yang lawaknya. .time balik tu.. hubby mengantuk sangat... so, bila dah sampai kat tol kubang semang, hubby berhenti tidur, termasukla aku dan anak2.. hahaha.. aku sedar jer pukul 3 lebih.. hahahaha.. mcm la mai jauh sangat dari KL ka, JB Ka.. padahalnya ronda penang ja pun.. tu pun boleh g berhenti tidoq kat tol.. hahaha.. nak buat camana kan, dekat pun kalau mengantuk bahaya tu.. akhirnya kami sampai ke rumah dengan selamatnya pukul 3.30 pagi.. esoknya.. masing2 bangun lambat...mcm la letihnyaaaaaaaa jalan jauh.. hahahaha..

ok, continue to part 2... ngeh3...