CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, July 26, 2010

JALAN2 @ KEY ELL LAST PART

Emmm.. dah pun last part.. jenuh jugakla aku nak upload gambar2 ni suma dari part 1. tu yang ambik masa sikit tu.. huhu.. papepun kita sambung end of story jalan2 kat key ell ritu k.. actually lepas jer masjlis resepsi kat umah pengantin pompuan tu, selepas balik makan, sesi bukak hadiah, bagai, kami balik ke hotel 5 bintang kami kat shah alam semula (umah abang aku la tu..) aku nak2 jugak ke i-city. yela, alang2 dah mai, bila lagi aku nak p lagi. lagipun i-city dekat jer dengan umah abang aku.. so, balik rumah dulu, tukar baju lebih kurang, kami keluar dari umah ke i-city lebih kurang kol 12 malam beb.. huhu.. kata abang aku dah banyak dorang tambah lampu2nya dan kurangkan juga.. kat sepanjang jalan masuk tu dulu takde, dan masuk pulak kena bayar parking. dulu free jer.. perkataan pertama yang keluar dari mulut aku waktu masuk sini... WAHHHHHHH CANTIKNYERRRRRRRRR...!!!

pandangan dari tempat parking

My Brother and SIL- Pemilik hotel 5 bintang tempat kami menginap.. hehe..

Ni pun antara guest yang menginap hotel yang sama.. huhu

Merah Putih area..

Sekali tengok mcam color brooch pulak..

pemandangan dari sini sangat cantik... en. hubby dah tak larat nak posing lagi, dah ngantuk maaa... time tu pun dah kol 1 pagi lebih rasanya.... taknak sudah.. janji aku nak lagi, nak lagi.. itupun tak puas lagi bergambar..

tengok, kalau ya pun ngantuk, senyumla sikit.. ni wat muka tak boleh belah.. :-(.. herggghhh rugi jer..ikmal pun sama.. huhu..

Ha tengok pengantin baru ni.. still boleh senyum gi... huhu..

papepun aku still tak puas lagi pegi i-city. kalau ada chance lagi, aku nak pegi lagi.. nak ambik gambar banyak2..... lepas balik dari i-city tu, kitorang tak singgah mana2 lagi, balik rumah terus zzzzzzzz jer...


********************************

Sambungan dari part 2 ritu lepas balik dari majlis menyambut menantu di rumah pengantin lelaki, kami semua ke rumah abang aku kat shah alam ni. malam tu aku dan 2 biji kereta yang sama masa datang KL konvoi p rumah abang aku kat Bandar Tun Hussein Onn, Cheras pulak..

Kami singgah kat SATAY KAJANG dulu pekena satay. aku teringin nak makan satay perut. tapi habis pulak.. apa boleh buat, takde rezeki..

Irfan, Dini dan Ikmal tak habis2 dengan game handphone..


Yang ni good boy.. kat mana pun dont worry tentang makan. makan mesti wajib, badan jer tak mau besar..

lepas makan tengok2 ada pulak gerai jual kasuk CROCS kat tepi tu.. hmmmm pa lagi, singgah dulu la.. tak lama pun. tapi 30 minit gak la. sebab malam tu jugak abang aku nak hantar anak dia balik kolej kat mana ek.. lupa la.. dan anak buah aku balik UITM kat Kuala Pilah. hantar kat hostel dorang ja la..

Walaupun kejar masa, Aku dapat jugak rembat kasut belang2 ni... RM50 untuk 3 pasang. yang worldcup tu, hubby punya, kaki kecik tu irfan punya.. suka dia bila dapat boh button BEN10.. huhu.

Yang ni kaki Tasya, Yun, Ikmal, Dini dan Rain

Sampai kat rumah, geng2 lelaki jer yang pergi hantar anak buah aku tu, termasuk en. hubby aku la.. pastu dorang tengok bola terus. kol 5 pagi baru dorang sampai umah. kami geng pompuan lepak jer kat umah. borak2 sambil makan2.. best.. huhu.. Tngok Irfan tu, asyik dengan laptop tu.., taknak mandi, tukar baju. rumah abang aku ni banyak mainan. SIL aku ni cermat simpan mainan dari anak sulungnya sampai sekarang pun ada lagi.. so, banyakla mainan yang menjadi koleksi kat rumah ni.. apa lagi anak2 aku.. tak peduli kat aku dah.. hergghhh aman jugak aku nak borak2 kan.. huhu..

Esoknya kami makan dulu sebelum balik. cadangnya nak balik malam2 sikit. so, Menu untuk tengahari dan malam sekali, sayur campur, udang greng, ulam2, buah2an, siakap 3 rasa dan ayam goreng madu... perghhh sedappp..

Kekenyangan.. aktiviti selepas makan, tokok tambah sesedap rasa gosip2 yang telahpun bermula sejak dari awal aktiviti makan tadi..

Ha.. ni geng veteran2 makan, sembang hal yang baik2 jer.. huhu..

Syoknya jadi orang lelaki dan budak2 kan.. boleh lepak2, siap makan, dipanggil, makan, dah tu, cuci tangan, rehat.. kita ni orang pompuan kerja tak habis2, dok dapur jer... (padahal aku tolong2 SIL jer.. cakap jer yang lebih..) tapi hakikatnya memang mcm tu la jadi orang dapur....

Asyik sungguh dorang ni main..

Petang tu sempat jugala kami menghirup udara kat luar rumah, sambil tengok2 keta yang lalu lalang kat taman tu..

Sempat lagi kak Ina dengan Mak tngok bunga, siap bawak balik g tu..

sempat juga borak2 sambil tengok budak2 sekolah kuar sekolah, best gak.. ambik angin. malam nanti nak balik dah..

Irfan baru bangun tidur..

dan akhirnya.. masa untuk balik Ikmal bad mood jer, dia tengah tidur masa ni.. mana taknya bertolak pun kol 12 malam..

Walaupun malam, wajib posing sebelum balik..

Dengan Mak, yang tak pernah tidur sepanjang perjalanan.. bila2 pun. orang2 tua.. dorang kata takut nak tidur, takut driver takde teman sembang.... aku? tak ngantuk aku sembang, ngantuk, aku zzzz la.... huhu..

Singgah kat Tapah... minum2 segarkan mata.. lepas singgah kat sini, Kami berpecah. aku balik Kulim dan 2 biji kereta balik Ipoh.. selesaila sudah percutian aku kali ni kat KEY ELL.. sesungguhnya aku tak puas cuti lagi.. Esoknya aku still cuti. .tapi satu hapa pun aku tak buat.. tidur jer lepas Ikmal pegi sekolah.... lagipun aku takde mood.. rasa tak puas sangat cuti.. takperla.. lain kali aku ambik cuti lama sikit.. hehe.. papepun aku dan family tetap ENJOYYYYYY....


***********************
END
***********************


Friday, July 23, 2010

JALAN2 @ KEY ELL PART 2

Continue to part 2.. setelah selesai majlis nikah ritu, esoknya majlis resepsinya di adakan di Dewan Serbaguna Kompleks Kejiranan Presint 16, Putrajaya, bersebelahan dengan ALAMANDA.. kami tiba seawal jam 11 pagi.. masa kami sampai tu, tak ramai lagi, hanya ada sedara mara jer. tetamu belum datang.. so, kita layan jer piccas sepanjang majlis resepsi..

ketibaan pengantin..


Kompang dipalu..

Singgahsana raja dan ratu sehari..

Meja makan beradab

sessi penyerahan bunga oleh pengantin kepada mama dan abah..

Makan beradab





Bacaan Doa untuk pengantin dan semoga majlis diberkati..

Persembahan unplugged oleh Kawan Hana (Adik a.k.a Pengapit Pengantin Perempuan)

Adam dan Abang Assmad

Persembahan yang sangat berbakat daripada abang iparku sefamily. semua menyumbang suara.. so talented.. dorang ni kami tak heran dah.. kat Ipoh memang aktif dok menyumbang suara untuk band Polis Abang ipar aku ni, oleh kerana Abangku yang sulung a.k.a Bapak pengantin sangat rindukan suara adiknya yang sering didengarinya dulu (waktu main ghazal party muda2 dolu la.. ahaksss..) jadi, awal2 lagi dia dah booking Kakak aku dan hubbynyer ni boh selagu 2.. last minit ada technical problem tentang minus one, so sebab tu la dorang ni just buat live unplugged jer... (unplugged ker.. lebih kurang la.. ) tak sangka pulak, dalam masa yang sama Adam dan Aiman pun bagi jugak kaw2.. (mesti kes rindu zaman masuk pertandingan Muzik Asli Remaja nih.. huhu..) apa2 pun, suara dorang sefamily sangat mantopppp!!

Speech from Hana dedicated to her beloved Bride and Groom..

SELAMAT PENGANTIN BARU NURHANI & AHMAD SYUWARI..

Keluarga Besarku.. itupun tak datang semua.. huhu..

Sebahagian keluarga Pengantin Lelaki


Aku sefamily.. wajib pose..

Nasib baik ada bilik untuk guest ni.. takla anak2 aku buat bising kat luar..

my only heroes..

Dengan Rani, pengantin baru gak ni..

Makku yang tercinta..


Aku dan Nab, BFF sejak dari TADIKA..

Teman tapi MESRA sejak dari darjah 1..

Mak dan Anak Menantu..

Twin ni anak kawan kakak aku.. CUTE kan.. yang kiri tu kakak, yang kanan tu adik..

Pengantin bersama Pramusaji yang banyak membantu sepanjang majlis..

2 anak buahku yang memang kaki posing..

Gambar ni memang nostalgia.. inilah gambar emakku dan adik2nya..
(Dari Belakang Kiri: Pakteh, Pakcik Tan, Dari depan Kiri: Makndak, Mak dan Ngah Jah)

Kakakku yang kedua dengan anak menantunya.. Permatang Pak Elong maliiiii..

Pengantin bersama Adik Mama mereka (lelaki) sefamily

Abang aku dan anak2nya..

** COUPLE2 DIMAJLIS RESEPSI **

Orang paling vougue waktu majlis tu.. ahaks..ye la.. mak bapak pengantin kan..

Pasangan ideal ni.. huhu...

Cool Couple..

Pasangan paling berbakat..

Pasangan simple, steady and maintain cool jer..

happy go lucky couple.. ahaks..

hahhh... ni pasangan gomen nih.. cikgu dan misi.. huhu..

Pasangan manja2 ni.. pengantin baru..

easy going couple.. sebab anak2 dah besar, enjoy jer nak kemana pun.. dan dorang la antara orang paling penting dan banyak membantu keluarga pengantin sebelum, semasa dan selepas majlis tu..

Errmmm yang ni pasangan apa ek.. emm psangan sekepala la rasanya.. sekepala dengan aku dan hubby sebab kami berempat sama umur, apatah lagi, twin pulak kan.. huhu..

** SELESAI MAJLIS RESEPSI **

Selesai sudah majlis resepsi kat dewan, kami balik kerumah abang aku kat Prima Tropika. Dekat jer dengan dewan sebenarnya dalam 30 minit camtu..

arghh semua keletihan.. bukan buat kerja pun. .tapi letih gelak kot.. dah ramai2 tu, dah jumpa adik beradik dekat dan jauh, mcam2 cerita yang keluar, apa lagi.. gelak sakan la..

minum petang pulak dengan kuih bahulu dan kuih tiram made in Felda Ijok oleh anak jiran sebelah umah mak aku.. sedap gila beb..!!

Acara potong kek oleh pengantin lama.. pengantin baru belum turun lagi sedang bersiap2 untuk buka hadiah pulak..huhu..

Makan malam pun abang aku order kat katering yang sama masa majlis resepsi siang tadi.. senang jer, ada duit jadi, telefon jer, dlm 1 jam, makanan sampai.. sedap lak tuhhh!! sayur campur, ulam2an, buah, ikan kering goreng, dan masak lemak ikan. sedap ikan tuh, ikan apa ntah..


Sessi buka hadiah.. banyak jugak hadiah yang Hani dapat




Antara gift dari pihak pengantin perempuan

** Selesailah sudah majlis resepsi sebelah pengantin perempuan..**

Esoknya, ahad 11/07/2010 majlis menyambut menantu pulak kat rumah pengantin lelaki kat JALAN KEBUN. rombongan kami ke sana dalam pukul 11 pagi dari rumah. Kami konvoi dengan 10 biji kereta.. ramai tuuu...

Ikmal nak manja ngan mama lak, nak dok kat Mama.. kejap jer nanti mesti adik pulak ngamuk..

aikk.. kenapa dengan gambar ni..? actually on the way g umah pngantin lelaki, aku belek2 rambut si Irfan ni, tengok2 ada UBAN.. terkezuttt.. sehelai jer la.. ntahla camana boleh ada. sebab syampu ker..?? aku pun tak tau la.. emmhh ifan pun sm cam mama ngan abah dah.. ada UBAN.. huhu..

Rombongan kami..


Disambut dengan flower girl.. cute flower girl tu..


Bacaan doa.. khusyuk wari.. sampai pejam2 mata.. agaknya apalah yang didoakan tu.. hehe..


Atas permintaan ramai.. Kak Maton dan abang Assmad boh 2 lagu P.RAMLEE DAN SALOMA.. So, jadi AssRAMLEE dengan SALOMAton la.. ekekeke...

Anak Kak Maton nombor 2, hhmmm boh jugak selagu, lagu awie tu.. sedap sora dia.. dah lama aku tak dengaq sora dia, rasanya masa kecik dulu ja.. goreng shakeer, jangan tak goreng..

Lauknya.. sedap jugak..

Anakanda dikasihi kini sah menjadi milik orang.. Kakak ipar aku tu dah tak boleh nak senyum dah, aura kesedihan dah mula datang.. nak balik dah time ni..

Waktu nak balik..

Dengan Hana, pengapit cantik rini, so, wajib pose dulu..

haaa.. ni yang tak tahan ni.. time salam2, sedih pulak rasanya, meleleh jugak air mata aku... camtu la aku rasa waktu time aku dulu.... :-)

Wari tengah pujuk Hani ni..

Gift dari pihak Pengantin Lelaki.. sangat menarik, beg, siap dapat sabun, sapu tangan, dan brooch sebab mak pengantin lelaki tu ada kedai brooch kat kompleks PKNS.. ooo kisahnyaaaa...
Papepun kenduri kat rumah pengantin lelaki sangat happening dengan sound systemnya yang gempak.. meriah.... nampak macam seronok kawasan umah pengantin lelaki.. macam kawasan kampung, so HANI, kalau tak balik rumah tok, agaknya boleh ubat rindu kat kampung dengan berkampung kat umah MIL kot.. hehehe.. by the way.. SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT HANI DAN WARI.. SEMOGA BERBAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT.. SEMOGA CEPAT DAPAT BABY.. LEPAS NI SEMAKIN MERIAHLA RUMAH TOK.. CUCU MENANTU DAH BERTAMBAH..

******************************

** CORAT CORET SEPANJANG KENDURI **











balik dari umah pengantin tu kami semua berkumpul pulak kat umah abang aku kat shah alam.. citanya... to be continue to the next part again......