CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

Wednesday, December 30, 2009

LIMA LANGKAWI 2009 PART 3





Masa ni Irfan dah mula takut dengar kapal terbang bunyi kuat sangat lalu atas kepala.. dia peluk aku tak mau lepas, siap laga pipi lagi.. tu la first time aku tengok dia betol2 takut..





Lepas habis tengok pameran, kami pergi minum dulu kat tepi2 situ.. dahaga gila..

Aku pekena 2 cawan air kelapa

nak balik umah dah..







Monday, December 28, 2009

KENAPA AKU MENANGIS..

Mata aku bengkak.. aku menangis.. kenapa...?! ACTUALLY, aku pun tak pasti haruskah aku publishkan entry ni atau tak, tapi aku hanya mempunyai satu niat iaitu.....



v


v


v


v


v


v


v


Diari 28/12/2009... 9.30 malam..
Pukul 8 malam tadi, diah (kakak aku) sms bagitau dia call mak dari lepas maghrib tadi, telefon tak berjawab, dia telefon Kak Inor (jiran sebelah) Kak Inor kata rumah mak gelap. kami mula risau, mak takkan tidur begitu awal.. dari minit ke minit, aku dan diah terus menelefon mak, masih tiada jawapan... airmata aku mula mengalir.. takut sesuatu terjadi pada mak.. aku terus menelefon dan terus telefon, masih tiada jawapan, airmata dah tak boleh stop lagi.. aku sms suruh Diah call Kak Inor lagi, Diah kata dia segan sebab dah malam2, depa tidur awal. aku nak call mak, tapi telefon takde kredit, Diah transfer kredit RM1 kat aku, dan aku cuba telefon Kak Inor. Segan nak kacau orang malam2, tapi aku gagahkan juga demi Mak. Setelah lebih kurang 10 deringan, Kak Inor jawab telefon dan memberitahu dia intai dari celah tingkap dan nampak dalam cahaya samar2 mak aku tidur dengan telekung sembahyang, mungkin mak terlalu letih fikir kak inor, jadi dia tak kejutkan mak aku. petang tadi ada majlis bacaan yassin kat rumah jiran, minggu ni aktiviti bacaan yassin group warga emas termasuk mak aku, full kata kak inor, jadi mungkin dia keletihan hingga tertidur selepas maghrib. aku mula lega, tapi masih tak puas hati sebab tak dapat cakap dengan mak sendiri. aku sms Diah memberitahu khabar berita yang aku dapat dari kak inor. diah pun lega, tapi aku pasti dia juga masih belum berhenti menangis mcm aku. aku cuba telefon mak sekali lagi. kali ini berjawab. bila saja mak menyebut 'helo' aku meraung macam anak kecil yang ditinggalkan ibunya, apa yang mampu aku luahkan dalam raungan itu,
Aku: " mak pegi mana...!!!"
Mak: (dalam nada separuh panik, menjawab) "awat, hang telefon ka?, aku p mesjid, ada ustaz baca kitab malam ni..."
Aku: (dalam nada tersedu2) Diah tipon mak tak angkat, ida tipon pun mak tak angkat, kami tipon kak inor, dia kata mak tidoq kot.. kot mak letih.. minggu ni baca yassin banyak tempat..
Mak: (terdiam dan menjawab) aku takdak apa, hangpa tak payah risau la kat aku.. insyaallah..
**** talian terputus *****
aku terus mendail, voicemail.. mungkin bateri mak habis... sehingga ke saat ini, aku masih tak puas lagi bercakap dengan mak, tapi aku lega kerana tau mak selamat.. justeru itu, untuk meredakan gelodak perasaan aku, aku nak jadikan story ini sebagai entry aku saat ini.. berbalik kepada niat aku di atas... kepada sesiapa yang rasa sudah lama tidak menghubungi mak/ayah di kampung, hubungilah, dan tanyala khabar, ibubapa kita tidak meminta kita menghabiskan berpuluh2 ringgit kredit telefon untuk berbual, cukup dengan hanya bertanya khabar yang rasanya tidak sampai RM5 kita habiskan dan hanya 15 minit kita luangkan.. kesempatan ini aku ambil untuk memberi peringatan umumnya kepada semua pembaca diluar sana.. dan khususnya kepada anak2 mak aku... telefonla mak selalu.... kalau setakat hari ini kita telah menjadi anak2 yang baik, selalu telefon mak, seminggu 2,3 kali, tak salah rasanya kita tambahkan lagi, mungkin 4,5 kali seminggu.... atau lebih.. biarlah mak tak sunyi dihujani panggilan2 telefon dari kelapan lapan anak2nya..... sesungguhnya.. aku terlalu sayangkan mak...belum puas lagi hidup ini kuharungi dengan mak disisi..... YA ALLAH... KAU SELAMATKANLAH MAK AKU WALAU DI MANA SAJA DIA BERADA.. BERILAH DIA KESIHATAN YANG BERPANJANGAN.... AMIN YA RABBAL ALAMIN...




Nota: buat pembaca semua, aku mintak maaf kalau entry kali ni macam ter'over' sikit, aku just nak meredakan perasaan aku ... terima kasih pada yang sudi membaca...

Sunday, December 27, 2009

aKTIvITI HAri CutI

Cuti 3 hari... syoknyerrrrrrrrrrrr.. bolehlah aku settle kan kerja yang tak habis2 kat rumah ni.. ('boleh kerrrr') Krismas yang lalu aku hubby dan anak2 ke rumah member lama. member masa aku masih menjadi penumpang tetap bus kulim-butterworth. Uncle David. tahun lepas aku tak dapat p. ada hal. azie (kesayanganku adriana adzreen) saja yang p. kami sama2 kenal uncle ni la.. baik dia ni. dia ni lebih kurang informer aku la.. bus dah sampai ka belum, sebab dia kerja dengan syarikat bus. so, dia akan sms aku, sempat la aku kejar bus. kalau dah terlepas nanti 1 jam pulak baru bus aku datang.... sejak itu, aku dan uncle ni jadi kawan la.. kadang2 sms tnya khabar. kami pegi dah petang. dia siap buat nasi tomato. not bad.... actually aku dah kenyang, makan nasi lewat. tapi kami makan jugak sikit, nanti kecik pulak hati dia.. selebihnya kami makan maruku..



Ikmal pun ntah apa2, main teddy bear..

Irfan seronok main kereta. rumah uncle ni takde baby lagi.. so, mainan tak banyak okeh..

selesai acara hari jumaat..



**************************************************************





Petang sabtu pulak, aku lin dan sue sefamily ke R&R Bagan Ajam, saja lepak, aku pun tak pernah p lagi kat sini.. cadangnya nak try yong tau fu sedap tak jauh dari sini, tapi lepak2 sini dulu la... syok gak.. rupanya dekat dngan pantai.. Lin dan hubby serta hero baju merah tu, tengah borak2, tak hbih2 cita pasal dotdotdot...







Ikmal buat perangai nak layang2, hubby control jer.. dalam hati, gerammm.. tapi beli jugak la, dah tu.. Ikmal dan adik berebut layang2 pulak....



jap2 abah pun nak try main layang2.. angin tak berapa kuat..

Yang baju belang2 oren tu pemerhati tegar tengok dorang main layang2




Seronok Ikmal dan Haikal dapat mandi.. mslhnya.. seluar ikmal takde spare, aku bawak baju jer.. camana tu? aku tak expect kat sini dekat dengan pantai, boleh mandi.. aku tak sempat nak jerit bukak baju, tengok2 dah basah semua.. (yang abah pun.. dia ingat aku bawak baju spare..) gerammmmm...


dua2 ni mandi tak ingat dunia..

takpela.. mslh baju ikmal tu biar dulu, nanti pkr lain camana nak buat, yang penting posing dulu jap.. Haikal, Lin, Aku, Sue & Hubby. Lin beli kek, aku bawak rambutan, kitorang makan ringan2 jer.. saja nak alas perut..




Akhirnya.. Ikmal pakai baju dan seluar Irfan.. nasib baik juga ikmal ni kurus, dan adik dia lelaki, bolehla gagah2 pakai, tapi dia dok kata sakit "tuuuuuuuut" dia, seluar ketat.. hahahaha... belasah ja la.. kejap ker.. Aku tak sempat nak snap pic kat sana, kat umah ja la....


lepas balik dari R&R, kami p makan yong taufu famous ni, sedap dan murah kat sini.. len kali boleh mai lagi.. lin & su... wanted... kehkehkeh..













Wednesday, December 23, 2009

SELAMAT HARIJADI BA... ALFATIHAH...


Hari ni 23hb Disember 2009, hari ulangtahun Arwah Ba.. kalau dia masih ada, tahun ini dia akan menyambutnya untuk kali yang ke 86 tahun.. Tiada lagi panggilan telefon dari aku mcm selalu.. walaupun 2 tahun dah berlalu, tapi setiap kali tiba harijadi Ba, aku sering rindu untuk membuat panggilan telefon mengucapkan "selamat hari jadi Ba yang ke...." dan dia pastinya dia akan berkata, hadiah apa hang nak bagi kat aku..? kalaula dia masih ada.. semoga Arwah Ba ditempatkan bersama2 orang2 yang soleh.. ALFATIHAH.. hari ni genap juga pemergian arwah Tok aku yang ke 10 tahun.. semoga roh kedua2nya dicucuri rahmat.. sesungguhnya aku terlalu rindukan kehadiran Arwah Ba.. semoga roh Arwah Ba tenang di sana.. AMIN...



"........ KALAU LAH BA MASIH ADA ........"



Sunday, December 20, 2009

LIMA LANGKAWI 2009 PART 2

Aku sambung part 2 pulak kisah aku kat langkawi ni yer.. setelah kami check in kat D'ara Homestay tu, berehat lebih kurang dan mandi, kami terus ke Tempat pameran LIMA tu. katanya pameran hari ini masih free lagi, sebab orang awam cuma boleh masuk kat luar saja, dan dalam CTRM tu.. kawasan tempat kapal terbang parking tu untuk 'orang besar2' saja. orang awam esok baru boleh masuk dengan bayaran RM10.00. Kanak2 12 tahun ke atas baru kena tiket.

Zoom paklang, jangan tak zoom..


TV3 pun dah sampai





Masa ni boleh tengok dari luar jer.. yang kat dalam tu.. hanya orang2 yang 'ada duit' ja dok survey nak beli.. yang takdak duit tu, dok luaq sdh la.. actually pameran LIMA ni diadakn salah satunya untuk pelawat2 yang datang boleh survey untuk beli kapal2 terbang kat sini, nak beli jet ker, pesawat peribadi ker..... oooo ya ka.. baru aku tau.... ingat saja jer buat pameran.... korang ada yang dah tau ker..



Yang baju belang tu tengok macam nak beli jer.. ok gak paklang.... senang kita satu family nak jenjalan... tapi tak muat rasanya kalau beli satu... kuikuikui...


Jom masuk dlm CTRM.. mari kita tengok apa yang ada..


sejuk jer kat dalam ni.. mcm2 replika kapal terbang ada dalam CTRM ni, macam2 jenis enjin pun ada, microscope pun ada untuk kita tengok dengan lebih clear material yang digunakan untuk buat kapal terbang kat tepi aku ni..



1 MALAYSIA..

Nasib baik kereta tu tak boleh cabut. lau tak dah tentu Irfan main kat atas lantai tu..

Yang ni kalau tak salah, kapal terbang peninjau. kalau perisik nak buat risikan boleh gunakan kapal terbang ni kot.. agaknyer la..




Yang ni pesawat peribadi.


Bila menjelang malam kami ke AWANA PORTO MALAI. Ada persembahan kebudayaan dan acara makan2 berbayar kat sini, ada yang jual barang2 dari negeri masing2, barang2 kraftangan dan macam2 lagi.. mcm2 jenis makanan yang jarang kita jumpa pun ada.. aku sempat merasa sejenis makanan bernama SATA mcm otak2. sedapppp...

Lets go for the next part later....