CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

Monday, November 30, 2009

Pagi Isnin yang bingung.. hai kejap jer masa berlalu, dah habis raya, dah kena kerja balik... selamat hari raya aidiladha buat semua.. seperti biasa aku masih lagi tak sempat nak mengupdate citer2 baru aku.. rasanya akan kuhimpunkan semuanya daripada Ikmal konvo Tadika, raya haji, LIMA LANGKAWI, kenduri anak buah aku dan seterusnya cerita KL minggu depan.. so, nantikan kemunculan citer2 aku akan datang okeh.. malam2 yang panjang sepanjang minggu ni akan ku habiskan dengan melipat kain dirumahku yang sudahpun menjadi GUNUNG SANTUBUNG... kuikuikui...


Sunday, November 22, 2009

Saki baki..

Aik, aku godek2 tengok rupanya ada lagi gambar lama edisi raya ritu yang aku tak update. masa ni pegi bukit merah dengan ana punya berasss.. beraass... birassss... takyah la aku cakap banyak, layan jer la.. boleh kot..



irfan tak boleh naik keta laga tu..
Nangis cari abah.. anak abah...

Iman steady jer..

babai..






Thursday, November 19, 2009

"Badanku kurus bukannya kurang makan, mataku merah bukannya kurang tidur, sakit hatiku karena sijantung hati.. ooo sijantung hati.." ha.. itu lirik lagu.. tapi ini kenyataan.. mataku merah sebab aku kena sakit mata minggu lepas. jangkit dari ikmal. pastu en. suami dan en. irfan pun kena.. la dah ok dah..




Saturday, November 7, 2009

JOM HEBOH

Rasanya dah dua minggu aku p JOM HEBOH ni.. pertama dan last time aku p tahun 2003. masa tu pregnant kat Ikmal. buat kat Ipoh. aku punya nak tengok siti nurhaliza sampai nyaris2 nak kena himpit dengan orng rmai, dengan perut terboyot2 lagi. dah tunggu hari tu.. heee... tak leh lupa.. tapi aku puas dapat tengok siti.. lepas tu bila JOM HEBOH buat lagi kat penang, ada saja sebab aku tak boleh p... kali ni kat STADIUM BATU KAWAN..


SOFAZ


MUNIR DAN... NTAH, DAFI SPA Q KA HA.. AKU PUN TERJENGOK2

EIRA SYAZIRA, AIZAT ANAK MAMI, IKRAM DINZLY & ERY PUTRA menari tarian poco-poco

bersama bionik pujaannya






CITA RAYA AKU YANG DAH NAK HABIS..

Oleh kerana raya pun dah hampir 2 bulan berlalu, jadi hari ini aku nak sudahkan cerita raya aku. nanti orang dah masuk raya krismas aku masih lagi dngn aidilfitri. ada pulak pembaca yang muntah hijau nanti x gitu.. raya ke enam aku kerumah member lama aku dan hubby zie. selamat pengantin baru.., semoga berbahagia ke akhir hayat.. umah kenduri ni tak jauh dari umah aku kat kampung..




Yang ni masa open house member hubby aka member fb aku dan hubby (liza MPK) sedap makan kat sini.. macam2 ada.. kami datang bawak perut jer..

Yang ni lak open house umah Member sekolah lama hubby juga aka member fb aku dan hubby... miza@kijet. jumpak ritu kat umah kenduri, so, ambik no contact dan hrap2 lpas ni tak lost contact lagi la dengan member2 lama.. open house ni merangkat birthday party anak dara dia ni.. sedap kek tu.. kek keladi..


Berakhirla sudah cerita raya aku.. sana sini buat open house, akhirnya aku jugak yang tak buat2 open house umah aku.. masa pun takde.. ongkos pun kureng.. insyaallah tahun depan kalau ada rezeki...



Wednesday, November 4, 2009

Kawan @ Ofis Baru

Dah 2 bulan aku di ofis baru, tapi aku tak pernah cerita lagi tentang kawan2 dan ofis baru aku. Aku masih lagi menjadi seorang staff di sebuah Lawyer Firm. Masih lagi dalam bidang yang sama, msh menguruskan jual beli rumah dan harta cuma bezanya fail, client dan ofis yang berlainan. Kawan2 kat sini ok, suasana kerja ok, bos pun ok, setakat ni semuanya okla. yang paling ok, ofis aku ni dekat dengan 'tempat untuk perabih duit'... aku hari2 shoping dan window shoping. ala.. beli pen sebatang pun kira shoping gak la kan.. semuanya ada.. macam2 ada.. siap duit ja.. kdg2 tergugat iman.. at least boleh gak la kami release tension, jamu2 mata.. i like.. kat ofis ni 1 malaysia, ada staff indian, chinese dan malay. depa so far ok... cuma yang banyak ngulat yang bernama malay tu kot termasuk aku la..... aku balik kerja kol 5. awal 45 minit dari ofis lama. lega banyak la.... kol 5.30 aku dah ada kat rumah.. tapi rasanya walaupun aku sampai umah awal, dapur aku tetap jarang berasap jugak.. hehehe..

Dari kiri: aku, wani (single and available), Ellisa@K.long (ibu beranak 3), Lin (ibu beranak 2) dan Sue (masih berhoneymoon)

Yang ni masa open house rumah Bos baru aku, En.Khairul. Sedap makanan kat sini.. gambar kami aku tak dan nak snap pulak, sebok dengan anak2 aku..

Lepas makan anak2 aku main dengan rabbit kat depan umah en.khairul. Jinak rabbit ni..

Minggu seterusnya kami kerumah Emak Lin pulak. aku berkonvoi dengan Sue. Sedap laksa kat sini.. aku makan 2 pinggan.. rendang pun sedap.. yang lain aku tak rasa.. dah dapat 2 pinggan laksa dah ok..

and the last one....
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Ha.. yang ni model size SML kat JRP..


DOA DAN HARAPAN AKU DI OFIS BARU NI..
AKU MENGHARAPKAN YANG BAIK2 SAJA YANG BAKAL TERJADI PADA AKU SEPANJANG AKU BEKERJA DI SINI.. AKU KALAU BOLEH TAK MAU LAGI TUKAR2 KERJA MELAINKAN AKU DAPAT KERJA GOMEN.. KALAU OFIS BARU AKU NI BOLEH JAGA AKU, AKU STABIL KAT SINI.. SUASANA KERJA YANG OK, AKU PASTINYA TAKKAN BERALIH ARAH.. WALAU APA PUN, TAK SEMUA YANG KITA IMPIKAN AKAN KITA PEROLEHI KESEMUANYA, SETIAP TEMPAT ADA KEBAIKAN DAN KEBURUKANNYA YANG TERSENDIRI.... AKU TAK MENAFIKAN AKU JUGA HAPPY BERADA DI OFIS LAMA, TAPI JODOH KAMI TAK PANJANG.. AKU TIDAK MENGHARAPKAN KESEMPURNAAN, CUKUP SEKADAR AKU BOLEH BERTAHAN DAN MENERIMA SEADANYA DARI SEMUA SEGI.... ITU SUDAH MEMADAI.. AKU JUGAK NAK HIDUP MACAM ORANG LAIN..... WALAUPUN TIDAK SESEMPURNA MANA.. CUKUP SEKADAR APA YANG TERMAMPU... AMIN..
(pssssttt apsal feeling a.k.a jiwang lak ni..)





Monday, November 2, 2009

Raya Kelima

Masih lagi dengan cita raya aku yang dah basi ni.. lepas part 1 punya cita raya ritu, ni aku sambung lagi cita raya aku masa hari raya kelima. Oleh kerana tujuan utamanya nak 'kutip duit raya anak', aku pun bawak anak2 buah aku ikut sama.. hehehe... teruk la mama ni.. first sekali p umah Yana. Nak tengok NURMARISSA DAMIA.. dah lama tak tengok. ritu tengok last kat hospital ja..

Posing dulu..



Ala dah besar cayang Chik Ida ni.. bulatnyer... bila pulak la Chik Ida nak tengok dia ni..

Bila nak pegang baby girl sendiri ni...


Balik dari rumah Yana kami ke rumah Fadhilah pulak. dah lama tak jumpak member2 lama ni.. banyak juga cita yang kuar. Anak2 ambik peluang main dengan Qasrina.. yang ni pun dah besar cayang Chik Ida sorang ni.. cepatnya masa berlalu.. seronok dia kawan2 datang..

Tasya dengan budak2, emmm habih hati la.. kalau budak tu manja dengan dia pulak.. lagi la.. siap nak bawak balik lagi. anak orang oi...

Ini mesti kes rindu kat anak buah depa ni.. zulaikha.. anak menakan sorang... raya ni anak buah depa balik kelantan. mesti rindu ni.. ala ciannya Paksu Yun dan Makcik Tasya ni..

Qasrina tengok apa tu.... masa ni dah nak balik.. posing jap. nanti kita datang lagi ok.. Acu dengan Paksu ada agenda ni.. jom kita p Carrefour, sebab Acu dengan Paksu nak cari hadiah belated anniversary.. wah... senang la.. postponed lama sikit.. dah tu bila beli.. cakap jer hadiah belated anniversary ritu.. suka2 hati ja.. whatever.. beli apa...???...

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

Ni hubby punya. Actually hubby selama ni pakai hp pekak ja.. jadi kasi can la.. harap2 dia pakai hp ni sampai reput okeh.. jangan nak tukar2 lagi.. bawak2la bersabar..



Dan ini aku punya. actually N73 aku dah rosak, mslh rosak yang dapat aku kesan adalah mslh yang sama pada kebanyakan pengguna N73, keypad, hang, battery, kejap2 off sendiri. E52 ni aku ambik 2nd hand jer. tokey kedai tu punya. dia baru pakai 2 minggu (kalau dia tipu aku, aku tipu korang la..) dia tolak sebab nak ambik E90 (kalau tak salah aku la..). aku tengok hp baru lagi, N73 aku trade in dia ambk 300 jer.. jadila.. walau apa pun alasannya yang pastinya nak beli hp baru ni, alasan semua tu.. ikutkan boleh jer pakai yang mana ada.. tapi rasanya keperluan tu dalam 60% kot untuk tukar baru... hikhikhik.. so, itulah hasilnya...

Balik dari Carrefour, kami p KFC. suker nor budak2 ni makan KFC, riuh rendah la dengan peel anak2 aku yang tak tau duduk diam ni.. hai.. pening..

Kami balik sampai umah lebih kurang kol 10. Puasla budak2 ni jalan, bergembira, bergaduh, dan mengotorkan baju masing2. okeh, len kali kita p lagi.. anak2 mama, anak2 buah Acu, doakan kami kaya ja.. tak kaya pun, bila kita ada duit lebih sikit kita p lagi ... kita shopping lagi...okeh!!