CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

Thursday, August 27, 2009

.:: HaPPy FaMiLY CoNTeSt::.

Contest lagi.....!! bukan giler kentang aku ni.. giler contest.. hikhikhik.. takpela.. saja aku suka2 cuba, mana tau kali ni ada rezeki. takde pun, nanti try lagi tak gitu..? kali ni "HAPPY FAMILY CONTEST" ni anjurkan dengan jayanya oleh iedaLUVsham. Tahniah!! buat penganjur. Lepas ni buat contest lagi okeh. Aku pertaruhkan gambar di bawah ni untuk tatapan dan penilaian penganjur. Gambar ni di ambil bulan Februari tahun ni masa aku sefamily pergi KL untuk kenduri anak buah hubby. sambil menyelam sambil minum air. Saja aku bawak anak2 naik LRT. dorang tak pernah naik g. suka sungguh dorang.. kami pun tumpang suka.. hehehe.. So, pada blogger2 lain kat luar sana, ayat besa aku "marilah kita sama2 memeriahkan contest ni". Tak payah susah2 nak cari kat mana dan camana nak join, just KLIK ni saja, dan kita terus boleh sama2 mempertaruhkan gambar happy family masing2 okeh... caiyok2!!




By the way aku nak buat checklist sekali lagi kot2 ada yang tertinggal T&C untuk "HaPPy FaMiLY cONteST" ni..

SILA IKUT ARAHAN DIBAWAH:-
1. ADD BLOG
iedaLUVsham D BLOGLIST KORANG~ done ~
2. UPLOAD BANNER "HAPPY FAMILY CONTEST" KAT SIDEBAR ~done ~
3. BUAT ENTRY KHAS BERTAJUK "HAPPY FAMILY CONTEST" ~ done ~
4. UPLOAD HANYA 1 (SATU) GAMBAR YANG THE BEST YANG MENGGAMBARKAN KEGEMBIRAAN DLM KELUARGA ANDA! ;) BAGI YG BELUM BERKAHWIN, UPLOAD PIC BERSAMA2 FAMILY KORANG, NO BOIPREN2, NO GEFREN2, HEHEHH!! ;p ~ done ~
5.DALAM ENTRI TU PASTIKAN ANDA MENTION & LINK KE
iedaLUVsham & HAPPY FAMILY CONTEST (no link back will be disqualified) ~ done ~
6. Bila dah siap, tinggalkan link di entri ini SAHAJA =) ~ done ~
7. Pemenang akan dipilih berdasarkan gambar yg MENARIK&UNIK ;)
8.Hadiah utk pemenang adalah....RAHSIA,wakakaka!!
9.JANGAN RISO..TAKDE VOTE2 PUNYER,AKU TAKKAN SUSAHKAN KORANG, HEHEHE!!!. 10. OK, CONTEST BERMULA 11 OGOS - 12 SEPTEMBER 2009KEPUTUSAN AKAN DUMUMKAN PADA 14 SEPTEMBER = BETEDAY AKU! YAHOOO!!!
ABISHHHH.........TQ ;)

So, kita nantikan keputusannya pada 14 SEPTEMBER 2009 nanti okey... good luck for us..!!

Tuesday, August 25, 2009

PILIHANRAYA KECIL

Rini pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir. Aku lalu jalan ni tadi. Jalan jam, tapi ok la. so, masa tengah kereta stop tu, sempat la juga aku snap gambar2 ni untuk dikongsi bersama. seronok jugak tengok ramai orang harini, macam2 stail. macam2 gelagat. ntahla sapa yang nak menang. yang penting, jangan jadi gaduh2 sudah. buat para pengundi, undilah dengan bijak untuk masa depan anda semua.. wahh..






Monday, August 24, 2009

INDAHNYA BERPUASA DI DESA

Ha....!! yang ni yang menarik.. macam tahun2 lepas, aku dan adik beradik yang lain berkumpul sambut puasa kat kampung. bila dah berkumpul ni macam2 la menu yang boleh dimasak.

yang ni apa kes ni, cucur udang sebelah, dok sms sebelah

ha.. yang ni request dari hubby. tak habih2 dengan roti jalanya.. Anis dan ain buat roti jala. dah pandai dah.. tepungnya aku bancuh, dorang tolong jala ja.. masing2 dah pro.. caiyok2!!

Macam ni la anak dara buat kerja.. dah tepung yang last2 tu, ada saja ideanya..

ha.. snap pic acu tengah buat kuah durian lak ek..!! alamak.. gumoknya tangan acu.. oh tidak...!!

Waktu berbuka sudah tiba..

Antara menu kami hari ini, kurma, buah mata kucing, roti jala, kuah durian, putu piring (beli), cucur udang, apom(beli), limas (beli), pulut udang (beli), ayam masak kicap, gulai rebung (MIL buat), Peria goreng kunyit (MIL buat), sotong masak cili, ikan goreng, ikan masin goreng, ikan pekasam goreng, ulam2an, teh o, milo panas, nescafe susu panas, sirap bandung.

ha.. yang ni yang sedapp.. pnah dengar buah jentik? sedapnyer.. rasa dia macam buah rambai.. dulu last aku makan masa aku sekolah rendah. ni baru dapat dari umah mak mentua aku. rezeki aku la tu.. kebetulan ada orang bagi.. resepi mak mentua aku, gaulkan dengan kicap, gula dan garam.. perghhhhh, sedap tu..

Yang ni acara bersahur


liatnya amirul nak bangun sahur.. sayang tempat tidur

Ikmal pun bersahur. tapi makan roti bakar milo jer.. tak makan nasik.. anak buah aku yang belakang tu patah tangan. excident hari pertama puasa. baru 3 jam sampai dari KL, ambik motor untuk ronda, jatuh sendiri, elak bumper. nasib baik tak masuk wad. cuma luka kat kaki dan patah pergelangan tangan. hai.. hadiah hari pertama puasa la tu..

Yang ni semalam masa acara balik. Abang aku yang no. 3 dah nak bertolak dulu.. masa ni kami tengah berkerumun tengok gambar majlis merisik anak buah aku yang bertudung hitam kat bawah ni..


Yang ni acara bergusti selepas perut masing2 dah kenyang. padahalnya siang tadi sumanya dok merungut lapar time pukul 5,6 cam tu, Ikmal mula kata lapar, yang lain, Rain, Dini, Amirul, Tasya pun dok sebut lapar jugak.. tapi akhirnya berjaya juga dorang habiskan puasa untuk sehari.. tahniah anak2ku..



KENDURI SAMBUT POSA

Jumaat yang lalu kami kat ofis buat makan2 kenduri untuk sambut puasa, sekaligus farewell untuk Kak Midah yang akan berpindah ke cawangan ofis aku di Kepala Batas, dan.... farewell untuk aku jugak kot.. actually aku dah dapat kerja baru. tempatnya.. biarlah rahsia.. wah gitu.. aku kat sini maybe sampai awal bulan september saja. so, untuk ketiga2 reason tu, kami buat la makan2 ni..

Aku dan Kak Midah

Menu makan pagi, nasik lemak yang dibuat oleh Kak Midah. Sambal tumis dibuat oleh Maklang Fadhilah dan selebihnya yang lain2 macam telur, ikan kering dibawa oleh rakan2ku yang lain.. sedap tu..

Ofis boy kami. Abang Mie. seorang yang sangat komited dengan kerjanya.. susah aku nak jumpak despatched yang tip top cam abang mie ni.. abg mie adalah di antara mereka2 yang akan aku rindukan bila aku tak kerja sini lagi nanti. mana taknya, hari2 mesti gaduh dengan abg mie..

Yang ni time lunch. Aku, macam biasa, buat kuah laksa, yang lain2 bawak laksa dan rencah2nya.. aku yang buat laksa, aku yang hentam sampai 2 pinggan. petang lagi sepinggan..

Kak Nor antara yang terawal duduk. Kak Nor lapar ker..

Yang ni acara sesudah makan. Oleh kerana tema hari ini adalah baju songket, so kami tak melepaskan peluang untuk berposing. time posing2 cam ni rasa sedih pulak.. ya la tak tau bila lagi nak berhimpun macam ni.. kenangkan saat baik2, saat gaduh2, saat gelak2. semuanya tak mungkin berulang lagi.. yang pastinya kenangan aku di sini tetap kukuh dalam ingatan..

Tak cukup posing kat atas, kat bawah pulak kami beramai2 turun untuk berposing..

SELAMAT TINGGAL SABRI & CO..
v
v
v
v
v
v
Dalam ramai2 masa kenduri ni, Yana sorang ja takdak. Dia Maternity Leave. kalau tidak dah tentu lagi meriah.. papepun gambar ni diambil sewaktu baju songket seofis ni baru siap.
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Dan ini.. NURMARISSA DAMIA.. puteri Yana yang hari ini berusia 8 hari.. SEMOGA CEPAT BESAR MARISSA..

SATU PETANG YANG BINGUNG

Entry ni minggu lepas, tapi aku tak sempat nak update. Aku ikut hubby main bola lepas kerja. elok sampai kat padang, hujan turun selebat2nya. so, aku dan anak2 tak keluar la. mcm orang gila gak la aku dok dalam kereta. maklumla anak2 dah boring. 1 jam 1/2 dok dalam kereta, mana tak tensionnya. dengan aircond aku tak bukak, takut gak.. nasib baik hujan, sejuk la sikit, cuma aku bukak radio jer.. oleh kerana boring yang terlampau, daripada dorang ok, sampai dah buat perangai macam2 la.. pening aku..!! lantakla hangpa..


main stereng la, main camera la..

siap boleh senyum tu..

dah mula nak geledah macam2 dah

dok belakang pulak

Last2 gaduh.. lega bila hubby dah habis main..