CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

Monday, July 27, 2009

ANAK2 ZAMAN SEKARANG

Semalam kami pergi beli beg sekolah baru Ikmal. kesian dia, dah lama beg dia takde zip. nak repair zip pun, tak terpgi2. last2 kami decide untuk beli beg baru jer. Ikmal macam acuh tak acuh, nak kata suka sangat beg sekolh pun tak, tak suka pun tak. sebab di hati dia tu hanya ingat nak beli mainan ja. dalam kereta, Ikmal kata dia tak syok nak pergi sekolah sebab dia tak dapat mainan yang dia nak. dia kata lagi kalau nak dia belajar betol2, belikan mainan dulu, baru dia nak pergi sekolah, baru dia nak belajar betol2. kalau tak dia berenti sekolah jer. aku tak tahan dengar ikmal cakap macam tu terus report kat hubby. apa lagi hubby bagi kata dua kat ikmal, ok, mainan boleh beli, tapi dengan satu syarat, ikmal mesti dapat sekurang2nya nombor 3 periksa semester akhir bulan 10 nanti. banyak jugak yang hubby pot pet pot pet kat ikmal. tak sangka ikmal nak ugut kami cam tu. tu la budak2 sekarang, bila kita tak bagi, dia cakap cam tu, bila kita bagi, kita manjakan dia, lagi la rosak budak tu. hubby ambik keputusan takkan bagi muka lagi kat ikmal. kesian juga aku tengok muka ikmal masa dia kena brainwash dengan hubby. kami bukan apa, takut ikmal jadi rosak. kecik2 lagi dah pandai cakap macam tu. pada aku, tak patut aku dan hubby terlampau turutkan apa saja yang dia nak. belajar tu satu kewajipan, tak sepatutnya dia bagi kata dua kat kami sebagai parents dia macam tu... aku dan hubby rasa macam tercabar la jugak dengan kata2 ikmal. dulu zaman kita study, takde nak ugut mak bapak mcam tu, zaman budak2 sekarang, amboi.. suka2 hati dia.. itupun, ikutkan aku tak pernah manjakan ikmal. tak pernah dia dapat mainan yang mahal2. sebab 1, aku kurang mampu. 2, ikmal tak pandai jaga barang dia. tapi selama ni boleh dikatakan tiap2 bulan ada saja mainan yang dia nak aku belikan. kinder joy tu, jangan cakapla... pantang jumpak, so, apa lagi.. mungkin bila dia rasa masih ada lagi yang dia tak dapat membuatkan dia meluahkan kata2 macam tu pada aku.. aku dan hubby rasa kami perlu betul2 kena bertegas dalam menangani perangai anak2 yang macam ikmal. pagi tadi selesai mandi dan pakai baju semua, ikmal jumpak aku dan kata,
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Ikmal : Mama boleh tak tolong doakan Mal?
Aku: boleh, memang mama sentiasa doakan yang terbaik untuk Mal, kenapa, nak doa apa?
Ikmal: Mama boleh tak tolong doa bagi Mal dapat No. 1, atau No.3 macam yang abah nak tu..?
Aku: ok, boleh, tapi Mal tetap kena berusaha, belajar, baru boleh dapat No.1, kalau Mama saja yang doa, Ikmal saja yang doa, tak jadi, ok, boleh?
Ikmal: ok, tapi Mama kena doa jugak bagi Mal cepat masuk syurga supaya, Mal boleh mintak kat Tuhan bagi Mal dapat No. 1
Aku: ??????????????!!!!!!!!!!!!!
Dalam bilik sewaktu aku sedang make up pulak...
Ikmal: mama, mama tolong doa tau.. Mal takutla nanti Mal tak pandai.. tak dapat No. 1
Aku: (Baru hang tau takut kat abah no.. dalam hati) ok, la, nanti mama doa, kita doa sama2 ok.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Untuk hari ini, aku belum update lagi perkembangan ikmal daripada hubby.. hai la anak.. mcam2 karenah.. betol kata mak aku.. "aku tengok orang la, la (sekarang) ni payah sungguh bela anak, kami dulu, senang ja bela anak, sebab tu orang dulu boleh beranak banyak".. aku jawab balik kat mak aku.. "kami dulu baik2 mak..." menjawab..!! hehehe..
Buat muka macam adik..


wajah yang berdebar dalam menyahut cabaran Mama dan Abah..

Sunday, July 26, 2009

IRFAN LAGI..

Balik dari buat OT aku tertidur, letih sangat, tengah tidur, Ikmal kejutkan aku, "mama, tengok Irfan, dia main beg make up mama". aku yang tension terpaksa bangun dan tengok inilah hasil usaha gigih seorang budak bernama IRFAN..



Habis mascara aku, yang hitam2 tu sebab dia conteng dengan mascara tu.. nasib baik waktu nak p ofis buat ot tadi, aku dah keluarkan compac powder dan lipstik, kalau tidak, tak taula, mesti berkecai pulak compact powder aku dan confirm patah lipstik aku..

SABTU YANG SEBOK..

Oleh kerana Aku buat OT hari ni hubby bawak Ikmal ikut dia jadi pengadil untuk sukaneka Tabika Perpaduan kat Kulim ni jugak. Irfan aku tinggalkan kat umah pengasuh. bila aku balik, hubby kata, nak ambik gambar tak hadiah ni? aik, hubby tak bukak lagi hadiah ni.. ooo.. nak aku update dalam blog la tu.. eh, hubby pun dah pandai dah... maknanya dia pun menyokong aku menjadi blogger tegar la tu.. hehehe... ye la.. disebalik kejayaan seorang wanita pasti ada seorang lelaki dibelakangnya kan.. wahhhh gitu...ahaks..






Towel hadiahnya... our favourite color..

KERJA OH KERJA

Aku buat OT hari ni. banyak sangat fail lama yang perlu dicari dalam store. hari ni kami decide untuk datang cari fail kat store. letih jugakla.. dengan panasnya, tapi gagah jugakla sebab dah ada letrik, sebelum ni aku cari fail dalam gelap, rasa macam nak bukak baju jer kat atas ni.. tapi lepas bos dah masukkan letrik kelmarin, ok la sikit, boleh bawak kipas.. malangnya satu file pun yang dicari tak jumpa.. akhirnya aku & geng turun ofis balik dan cari kat bawah pulak, alhamdulillah, jumpak la apa yang dicari, hai isnin ni nak mengadap fail tu pulak la aku..

adoi... sakit kepala.. aduh... sakit kepalaku...




Saturday, July 25, 2009

CONTEST LAGI

Ha... contest datang lagi.. kali ni sponsornya adalah.. Ibu Addin & Nasa.. (http://anakkuwiraku.blogspot.com/2009/07/share-your-story-this-will-yours.html)

Apa yang perlu dilakukan adalah..


1. Anda cuma perlu ceritakan pengalaman anda semasa melahirkan anak sulung anda. Buatkan satu post khas mengenainya dan tidak kurang dari 48 patah perkataan;

2.Ceritakan tentang hadiah ini di blog anda;

3.Tinggalkan komen di sini beserta dengan link tentang post anda.

Bagaimana ? Mudah sahajakan.3 pemenang akan dipilih...


Tarikh tutup ialah pada 25 Julai 2009.

Pemenang akan diumumkan pada 30 Julai 2009.

Dan hadiah yang bakal menanti adalah..



dan saya mulakan dengan....

*************************************************************************************
Anak sulung aku bernama MUHAMMAD IKMAL DANIEL BIN JUKHAIRI. Lahir pada 7 Julai 2003 dengan berat 2.95kg secara ceaserian. Sekarang berusia 6 tahun. Mengandungkan Ikmal, aku overdue selama 10 hari. Semuanya bermula bila...

AHAD 6/7/2003;
  • tengahari aku terpaksa di admit masuk wad Hospital Kulim, Kedah. Aku diberi rehat satu hari sehingga esok pagi untuk di induce.

ISNIN Subuh 7/7/2003;

  • aku di induce. Tapi masih belum mempunyai tanda2 melahirkan dan tiada rasa sakit. Dari selepas waktu diinduce, sampai la ke pukul 10 lebih, aku masih belum merasa sakit langsung. Dalam masa yang sama, jantung baby di cek sentiasa, dan bacaannya kurang cantik, naik, turun, naik, turun. Nurse kata mungkin baby tidur. Ntah, aku pun tak tau. dalam pukul 11 lebih, Nurse menghentikan bacaan jantung baby dan menyuruh aku ke tandas. Di tandas, aku mula bleeding, tapi masih belum rasa sakit walau sikit pun. Mungkin kerana aku terlalu lama di dalam tandas, nurse memanggil aku keluar, dia suruh aku bersiap2. katanya aku akan dioperation. aku mula takut. Waktu itu, hubby belum datang kerana waktu melawat belum tiba. aku mula di'prepare' untuk ceasarian, dressing, tukar baju, dan sebagainya. Doktor menyuruh aku menandatangani surat kebenaran. aku minta doktor menunggu sehingga hubby datang. tapi doktor kata, aku yang perlu menandatangani surat itu sendiri. lebih kurang pukul 12 setengah, aku ditolak masuk ke operation theater. semasa hubby ikut menolak katilku ke dewan bedah, aku nampak airmata hubby mengalir. waktu itu aku rasa macam aku nak pergi mati.. di dalam dewan bedah, aku nampak lampu2 bedah sepertimana yang selalu aku tengok di TV. Aku cukup takut masa tu, medical assistant dan nurse melekatkan sesuatu seperti tiub leper pada dadaku, seorang lelaki memesan padaku, ingat TUHAN banyak2, mengucap.., dia meletakkan topeng pernafasan kemulutku dan menyuruhku mengira di dalam hati sebanyak 10 kali. Aku baru sempat kira sehingga 5 aku rasa dan... aku terus tak sedar apa2 sehinggalah namaku dipanggil untuk ditolak ke wad. aku tak tau waktu itu pukul berapa. kata hubby baby keluar dan dibawa untuk dibersihkan pada 1.25 tengahari, dan aku siap sedia dibawa ke wad lebih kurang pukul 3 lebih. Sehari semalam anakku dijaga oleh nurse, aku masih belum boleh bangun dan dipasang tiub kencing. semuanya dibuat oleh nurse. Esoknya..

SELASA 8/7/2003;

  • dalam tengahari, tiub kencingku dibuka dan aku disuruh mula bangun dan jalan sendiri. pada mulanya, aku terasa sangat sakit, bahagian yang dibedah terasa cekang. setelah berusaha berulang kali sehingga airmataku mengalir, akhirnya aku berjaya turun dari katil. nurse mengajarku bagaimana cara untuk berjalan dengan memegang perut dan sedikit membongkok. secara perlahan2 baru aku perlu menegakkan badan kata nurse. sepanjang hari ini aku diajar untuk breast feeding, bangun untuk mandi, dan buat semuanya sendiri. agak susah, tapi aku cuba sedaya upaya, lagipun aku tak mau tunjuk manja, nanti aku lambat dibenarkan balik. Aku masih belum mempunyai susu. anakku menangis kelaparan, nak tunggu nurse datang untuk memberi susu pada anakku merupakan satu penantian yang cukup menyiksakan bagi aku... namun aku masih terus mencuba dan mencuba walaupun masih belum ada susu lagi. kesian anakku..

RABU 9/7/2003;

  • Aku dibenarkan balik hari ini. Aku rasa bersyukur sangat. lega..!! sepanjang perjalanan balik dari hospital kulim ke kampungku di Selama, Perak, agak menyakitkan aku kerana jalan yang berlopak2. tapi aku gagahkan juga demi anakku.. akhirnya.. setelah berhempas pulas.. aku telahpun berjaya menjadi seorang ibu..
  • tapi pada aku, bersalin secara ceasarian, aku cepat sihat, dalam 5 hari, selepas dari hari melahirkan, aku dah boleh buat buat kerja rumah, tolong2 mak aku apa yang patut. anakku pun kumandikan sendiri... cuma luka pembedahan saja yang mengambil masa yang panjang untuk sembuh dan selama 3 tahun aku tak boleh buat kerja berat dan emmmm PREGNANT.. tapi walau apapun... demi melahirkan satu nyawa sebagai saham aku diakhirat kelak.. aku rela terima semua itu..

Ikmal sewaktu berusia 9 bulan

Ikmal sekarang...

begitulah kisah aku sewaktu melahirkan anak anak sulungku.. smg aku berjaya kerana hadiah yang ditawarkan agak menarik iaitu CRABTREE & EVELYN. Aku belum pernah dengar tentang produk ni, sebab itulah aku teruja nak mencuba produk ni.. dan semakin berbungalah hati aku seandainya aku dapat PRESENT..

************************************************************************************

Friday, July 24, 2009

salam jumaat

salam jumaat untuk semua pembaca blog ini dan semua follower dan bakal follower hehe.. buat masa ini saya agak busy tahap gaban dan belum sempat mengupdate citer terbaru.. terima kasih kepada pengunjung yang terus setia mengunjungi blog saya walaupun tiada entry terbaru.. korang memang sempoi...!!

Tuesday, July 21, 2009

MARI MENJALA

Balik dari beli pampers Irfan, hubby bagitau omak mentuo den ada bagi tepung untuk buat roti jala. kuah durian dah siap. cuma tepung ja aku jala. dia siap bagi acuan sekali. hubby suka makan roti jala ni. selalunya ini menu utama bila bulan puasa. bila balik kampung aku la yang jadi tukang jalanya.. tapi roti jala aku, kuning. aku tak pernah lagi buat hijau. ini mak mentua dah siap bagi acuan ni, nampak gaya kena buat selalu la kot.. cuti2 bolehla aku buat kot.. hari biasa, hari kerja.. harap maafla kot abang ek..!!




inilah roti jala aku.. tak dapat banyak dalam 6,7 keping ja. itupun tak berapa cantik jala ni.. sebab acuan tersumbat. bila tersumbat dia jadi titik2 banyak la.. actually MIL boh tepung yang siap dibancuh ni dalam plastik, otw balik dari kampung plastik tu pecah, nasib baikla tepungnya tak tumpah. cuma tumpah dalam plastik lagi satu. so, bercampur sekali la dengan acuan tu, itu sebab dia tersumbat sikit. aku pulak takde spare lidi satay kat umah. kalau tak boleh cucuk yang sumbat tu.. papepun, aku dan hubby malam ni makan roti jala ni saja. aku tak masak nasik.. tengok2 supper makan maggi da...


ini kuah durian MIL den.. sodap tu..

PERIHAL PAMPERS

Hari ni hubby cuti Israk Mikraj. so, dorang balik kampung untuk ubatkan sawan Irfan hari tu. aku tak ikutla sebab aku kerja.. lepas balik kerja aku singgah kedai WINSOME baby house kat taman selasih untuk beli pampers Irfan, sympu dan bedak Irfan. Kedai ni murah sikit susu, pampers dan barang2 lain. aku pun baru jer berjinak2 dengan kedai ni. nak citer sikit perihal PAMPERS PETPET ni, pada sesiapa yang juga menggunakan jenama ini. Dulu PETPET ni cuma ada M70 saja pek paling besar, tapi sekarang dah ada pek M84. So, sama la dengan drypers. pada aku PETPET lebih ok dari drypers dan aku lebih selesa menggunakan PETPET daripada DRYPERS. PETPET ni lebih tahan daripada DRYPERS actually. (kalau pampers lain macam MAMYPOKO tu, tolak tepi la kan.. yang tu dah terbukti kebagusannya..) kalau nak dibandingkan diantara pampers yang grednya sederhana ni la.. PETPET ni.. rekabentuknya pun lebih kemas. tapi kalau kira cantik, DRYPERS menang la. takpela.. itu aku punya citarasa. lain padang lain belalang. lain orang lainla citarasanya kan.. sesetengah kedai harga dia aku tengok RM39.90. Tapi kat kedai ni baru RM36.90. murah banyak kan.. so, ada kedai kat luar sana yang lebih murah dari kat sini tak..?

Monday, July 20, 2009

BILA SIDIA MULA BERADU..

Bila sikecil mula memejamkan mata.. hidup aku mula terasa sunyi. tanpa gelak tawa anak2, tanpa aku meninggikan suara memarahi kenakalan mereka.. hidup ini terasa begitu kosong bila mata anak2 mula terpejam, suara mereka juga terhenti.. dari situ aku amati.. hari ini.. mama cium anak2 mama yang comel, yang handsome, yang nakal, yang lasak, yang bnyk cakap, mama mandikan.. mama pakaikan baju, mama sikatkan rambut... mama juga marah anak2 mama bila anak2 mama buat salah.. bukan bererti mama tak sayang.. tapi mama nak tegur ajar supaya anak2 mama jadi manusia berguna... selalunya bila anak2 tidur2, bila memandang wajah mereka.. hati aku selalu datang rasa kesian.. entah kenapa.. tapi sebagai ibu, aku perlu buang perasaan itu untuk mendidik anak2. aku perlu kesian pada tempatnya... setiap yang salah itu, tetap salah dan perlu aku betulkan..


kaki kecil yang tidak mengerti apa2..
wajah nyenyak yang hanya tahu mama, abah dan abang adalah segala2nya bagi dia..

' cuk dan puting' juga segalanya bagi Irfan..


anak mama yang hanya tahu mainan dan keseronokan adalah dunianya..

Lena seorang anak mama yang tak putus2 dimulutnya hari ini menyebut nak menjadi seorang SUPERHERO, nak selamatkan mama, abah dan adik, nak bagi duit banyak kat mama, nak beli rumah besar, nak beli kereta besar dan boleh dapat apa saja yang dimahukan..... hendaknya impian anak mama ni akan tercapai untuk menjadi SUPERHERO untuk mama, abah, keluarga, agama, bangsa, dan negara.. amin.. SELAMAT MALAM ANAK2 MAMA..!! SWEET DREAM..!!

Apa ni...? sapa ni.. ooo ini Irfan... dia suka sangat main dengan selimut. aku risau jugak dengan minat dia yg satu ni. Irfan pantang jumpa selimut. dia akan ajak abang dia untuk main sama. kejap2 gelak, kejap2 gelak. ntah apa yang lucu sangat bila dalam selimut tu.. budak2 kan.. eh, tapi kenapa irfan main sorang2 ha? mana abang.....?





wah cuba buat muka serius ek..

macam boring ja..

pandang camera jap

ahak ahak

eeeee mama ni tau... x hbh2 dengan camera..

ooo patutla irfan boring.. abang dah tidur.... balik beli barang, tak sempat salin baju pun.. ikmal dah tidur terus. satu hari dia tak tidur siang.. so, irfan patah kaki la abang tidur awal.. "bang.. bangunla bang..! kita main selimut bang..!

"eeee padan muka.. abang tak bangun.. irfan main sorang2...!! eee.." tengok irfan buat muka ajuk aku cakap.. g pun kalau suruh senyum bila nak snap. irfan suka senyum cam ni..cantik ker... muka nakal ada la... takpela.. kejap lagi, kita tukar baju, irfan tidur awal jugak ek.. senang mama nak berblogging nanti..

Sunday, July 19, 2009

Salam hujung minggu.. aku hari ni tak kemana2. hubby kerja. macam biasa aktiviti hujung2 minggu ni, masak, makan, kemas umah, basuh kain, lipat kain, sidai kain, susun kain, dan macam2 lagi.. mungkin petang sikit kot aku baru nak kuar beli barang2 irfan. pampers dah hbih, syampu, bedak, sabun dia untuk umah pengasuh suma dah boliau.. tunggu dia bangun tidur nanti baru nak pergi kot.. emm.. apa ek aku story hari ni..? takde kot.. Emm esok dah kerja, hai.. boringnya nak kerja. tapi terpaksa, hari2 pun pergi kerja sebab terpaksa.. ntahla.. buat masa sekarang ni aku masih lagi sedang meninjau kot2 ada lubang2 kerja kat mana2. bukan senang nak cari kerja sekarang kan? aku terpaksa bersabar lagi... buat korang kat luar sana.. doakan aku akan mendapat job yg lebih baik lepas ni.. okeh..

Saturday, July 18, 2009

SABTU YANG RAJIN..

Hari ni hubby kerja. aku, hari2 cuti ni bolehla bangun lambat sikit dari biasa. tapi baru nak lepak2 irfan dah mengacau.. biasala... nak itu, nak ini.. last2 aku bangun masak awal, menu hari ini takde yang menarik, masih lagi dengan ikan goreng, sayur dua jenis untuk aku dan hubby, ayam goreng serta sambal dan tempoyak. makan yang simple jer hari ni. lepas hubby balik, dia mesin rumput. dah macam hutan dah rumah aku ni dengan semak samun lalang. dah mesin tu, sedapla sikit mata memandang. Irfan pulak lain kerjanya, abah dok mesin rumput, dia sebok dok tolong lap kereta. konon... abang tak payah nak dinafikan lagi.. cuti2 ni, kartun la apa lagi..

Mana dia jumpak ntah tisu ni, dan dia ambik untuk lap keta..


Yang dia suka kat tayar tu..aik, kenapa pakai kasut mama tu..

wah siap cek lagi.. apa rosak tu.. irfan..

Mengintai dari tirai kamar...


Hehehe.. surrender jugak kan dah tengok umah semak, last2 mesin sendiri.. pangil orang tak datang2..

Wednesday, July 15, 2009

AKU YANG SEDANG BERDUKA LARA

Entry aku hari ni tentang perasaan aku yang penuh dengan 'ketensionan'. hari ni kami baru ja dapat berita mungkin tahun ni tak ada bonus macam jugak tahun lepas. mana aku nak cekau untuk preparation raya ni..? korang tengok saja fail kat tempat aku ni, berlambak kan? kerja tak habih2, tapi sayang seribu kali sayang, dah 2 tahun kami tak ada increment, dan tambah lagi luka dihati aku ni apabila dapat berita lak bonus pulak tak ada... oh tidakkkkkkkkk.. apala dosa kami semua.. oleh yang demikian, aku rasa raya aku kali ni, cukupla sekadar apa yang ada.. bukan apa, kita ni orang tua tak raya pun tak kisah sangat, anak2?.. sian anak2 aku.... isk isk isk, sedih ni.. nak wat kerja pun rasa cam takde mood jer.. tapi mslhnya kerja aku ni terikat dengan responsibility. nanti aku tak buat kerja, Client tak dapat pulak duit rumah dorang, geran rumah dorang, sapa nak jawab tu...? ataupun ada sesape nak menderma kat akaun aku.. kahkahkahkahkah...




beginila nasib diriku yang malang oh tuhan... berehat sekejap isteri dah meradang kerja berat takut reput tulang.. reput tulang... reput tulang... waduh2 syahdu sungguh ni.. dah siap nyanyi2 ni dah kes berat ni.. takpela.. sapa lagi nak hiburkan aku yang sedang berduka lara ni..

Tuesday, July 14, 2009

Tengah makan nasik malam ni, blackout. menjerit anak2 aku. nasib baik hubby ada kat umah. lilin ada la 2 batang jer. cukup la kot. selalunya tak lama. dalam sejam jer.. bila dah blackout tu, takde aktiviti la.. mulala boring. yang paling seronok irfan la.. syok main api. kami sudahkan juga dinner malam ni bertemankan 2 batang lilin. wahhh candlight dinner gitu! sudah makan, cari torchligt tak jumpak. dah jumpak batery lak tak charge. so, nasib baikla ada torchlight mainan ikmal. berguna jugak la.. aku basuh pinggan, ikmal tlg suluhkan aku. aku masak air boh dalam termos, ikmal temankan. hai berjasa jugak hero mama ni.. tengah basuh pinggan aku nampak macam tikus ja dok berkeliaran, arghhh mcam takutla jugak walaupun aku tak takut tikus. tapi dah gelap2 ni, ai... semacam jugak.. ala.. stop la dulu basuh pinggan. tunggu ada letrik la..


Ikmal dan abah dah boring.. dah la panas.. aku layan mp3 jer..

Irfan tak lekang dengan lilin
Abang dah tumpang sekaki

sebenarnya gelap ni, tapi dah camera ada flash, so nampak cerahla.. tengok muka irfan sampai beminyak, peluh, panas. dekat pukul 11 letrik baru ada, so, lilin pun padam... irfan tak boleh main lilin lagi okeh..

hari ni aku tak pergi kerja. Ikmal dan Irfan dua2 demam. Ikmal dari sabtu lagi dah nampak tanda2, tapi makan ubat ok balik. ahad semalam pun cam tu, makan ubat, ok balik. hari ni demam balik. Irfan semalam balik dari cucuk aku terus bagi ubat demam. sebab nurse kata, cucuk ni demam. malam Irfan mula panas, tapi tak kuat sangat. tapi kaki Irfan sakit kat tempat cucuk. aku tuam dengan air panas. sapu vicks kat tempat cucuk, Irfan masih nangis. malam, badan dia mula panas lagi, aku masukkan ubat punggung. demam masih tak turun, tapi tak kuat. pukul 5 pagi aku masukkan ubat punggung lagi. sampai pukul 7 lebih, Irfan masih panas. aku decide tak pergi kerja. nak bawak Irfan p klinik nanti. aku takut sejarah berulang kembali. lepas hubby balik kerja aku bawak irfan ke klinik pukul 2, dalam kereta Irfan mula berpeluh. agaknya sebab sebelum keluar tadi irfan dah mula main2 dengan abang. sampai klinik, doktor cek kata Irfan tak demam lagi. just continue ubat yang ada masa cucuk kelmarin, doktor bagi ubat sapu jer, krim mcm minyak angin untuk kaki irfan yang sakit tu. aku tanya doktor kenapa irfan sakit kaki dan jalan terhencot2. doktor kata mungkin lenguh, tapi dia tak tau nak cakap.


orang demam yang tetap maintain rambut pacaknya


ada kawan sedang tengok irfan
alamak, kawan ambik puting irfan la...

Bila sampai rumah, irfan mungkin rasa badan dia dah sihat sikit, cuma kaki ja yang sakit. tak padan dengan sakit kaki, memanjat nak bukak lampu.. lepas tu baru dok diam sikit, baru sedar kaki tu sakit lagi.. apa pun aku lega irfan dah tak demam lagi..