CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

Monday, June 29, 2009

Selamat Berjuang Anak2 Buahku..

Semalam, ahad 28/6/2009, aku dan family yang lain hantar anak buah aku masuk UUM. Kakak aku sefamily tidur umah aku. meriah gak la.. dalam pukul 8 lebih kami bertolak ke UUM. Anak2 buah aku dua orang yang dapat. tapi ibu lain2. so, kami tak konvoi, jumpak kat sana ja. selepas settle semua, baru kami berjumpa. Actually aku bukannya nak expose sangat bab2 masuk U ni, tapi oleh kerana objektif utama aku mencipta blog ni untuk aku, anak2, hubby dan adik2 beradik aku yang lain, jadinya bila saja ada aktiviti keluarga, blog aku lah tempatnya untuk aku berkongsi cerita. so, pada sesiapa yang rasa aku ni mcm nak expose pape, aku mintak maaf, bukan niat aku begitu, aku just nak kongsi cerita dengan suma adik beradik aku. bila saja ada xtvt keluarga, family aku pastinya tertunggu2 kisah kami untuk ku update dalam blog. so, aku teruskan cerita okey..


dalam keta on the way nak ke sana

Aiman dan Mak. Masa ni baru habis pendaftaran

Irfan dan gayanya. menunggu masa untuk menjelajah

Selepas selesai sessi pendaftaran, kami makan dulu untuk mengisi perut. kami bawak bekal dari umah, bawak nasik, udang sambal dan ayam masak kicap. sedappppp. mlm semalam dah ready masak. mulanya kata nak bawak sayur, sambal macang segala, tapi dah bangun pun dah 5.30 pagi. dah lewat, so, makan je la pa yang ada.. itupun sehingga menjilat jari.. mak aku tak ikut. dia susah nak tinggal rumah sejak arwah Ba dah tak ada ni. Masa time2 makan cam ni, aku teringat dengan Ba, kalau dia ada, mesti dia pun p. mesti jugak dia bangga dan gembira bila Aiman dapat masuk U. Kakak aku ni anak2 ramai, 8 orang. suma dah besar2. Maklumla dah anak ramai ni, hidup serba sederhana, jadinya, bila Aiman dah masuk U ni, harap2 diala yang akan bela nasib keluarga dia nanti.


Irfan tak jauh dari abah

Masa ni dah berjumpa dengan family kakak aku yang lagi satu.

Hubby dan anak buah aku. tak habis2 sembang pasai bola

Atikah dan Abah. Abah tengah bagi pesanan penaja la tu, belajar betol2, jaga diri baik2, jimat2 duit... hehehe..

Lepas kami tinggalkan Aiman dan Atikah, kami ke Mesjid UUM. kat sana lepas selesai sembahyang, makan lagi, second round. kali ni rasa menu kakak aku yang lagi satu lak. hehehe. syok ooo makan bawah pokok cam ni.. syahdu..

Lepas makan mesti posing

Irfan suka sangat main kat sini.. so, aku boleh makan dengan amannya..

Abah dan adik2 Aiman

Selesailah sudah acara di UUM. balik kami singgah kat Bukit Kayu Hitam jap. takde apa pun yang aku borong. saja jer jamu mata. tapi aku tak snap gambar pun. dah letih sangat melayan karenah anak2. Ikmal asyik nak benda ni. BAKUGAN. dulu ben10. sekarang ni, BAKUGAN pulak. dah dapat, senyapla..


Yang ni Arif dan Ain. Adik2 Aiman. Arif pun nak mendaftar di UITM Kuala Pilah 5/7/09 ni. Tahniah jugak untuk Ariff

Yang ni Faisal dan Anis. Faisal harini mendaftar di Kolej Kemahiran Tinggi Mara kat Seremban. Semoga Aiman, Atikah, Arif dan Faisal berjaya dengan study masing2 okeh. Acu mendoakan yang terbaik untuk korang semua.. study hard..

Thursday, June 25, 2009

Bila Irfan dah sihat

Bila Irfan dah sihat cam ni la.. apa saja yang orang makan, minum, dia pun kalut. 100 plus ni untuk aku yang demam. tapi berebut lak 3 beranak. so, yang demam beralah, yang tak demam, yang over..



emmmm.. arghhhh

apa Irfan pegang tu ha..

Yang tak tahannya.. inilah.. bila aku nak suap, dia tak bagi, bila dia makan sendiri, macam nila hasilnya..

dah tu buat muka nakal..

ABANG BALIK @ FATHERS DAY

Hubby dah balik Sarawak. Lega aku rasa. Bukan apa, aku tak larat nak tengok budak2 ni. At least ada abah dorang, ringan la sikit aku.. kalau tak.. adoi.. tak kebah demam aku ni dibuatnya.. Hubby balik pada 21 Jun 2009. Father's day.. Kami anak beranak bagi kat ni untuk hubby. Happy Father's day, semoga menjadi abah yang baik untuk kami sekeluarga.. okeh..






Yang cap jari besar tu tangan Ikmal, yang kecik tu tangan Irfan.. hehe.. punya syok la Ikmal buat kerja ni. nak buat lagi.. hari2 cakap, mama, jom kita buat kad abah. boleh main cop2. lipstik mama, banyak lagi tu.. yala tu... aku cat tangan dorang dengan lipstik aku yang patah tu.. apa lagi.. suka la benda2 cam tu.. tapi bila tiba HARI BAPA, ingatan aku tertumpu pada 'wajah kesayangan hamba' ni.. dengar lak lagu Ayah-Aishah kat TV, airmata mengalir laju jer.. Tiba2 rasa rindu sangat... rindu nak peluk Ba, Seperti tahun lalu, dan bermula tahun lalu.. tiada lagi panggilan telefon yang kubuat berserta sekeping kad ucapan SELAMAT HARI BAPA yang aku poskan untuk tatapan Ba di kampung.. semua itu tak akan berulang lagi.... tabahkan hatiku...

Semoga roh Ba dicucuri rahmat.. Al-fatihah.. Aku merinduimu.. rindu dari anakmu yang tak pernah padam..

Wednesday, June 24, 2009

Entry ni dah lama, tapi mcam besa, aku ni bila sebok, aku stop jap jengah blog aku ni.. bila agak2 ada masa, aku jengah la.. hubby baru beli laptop ni masa ni. agaknya nak bodek kami anak beranak kot sebab dia nak ke sarawak. takpela.. at least ada jugak benda yang boleh kami buat bila boring2 tu. So, Ini aktiviti kami anak beranak masa hubby masih kat sarawak. Tapi dah berebut pulak. aku nak surf internet, Ikmal nak main game, Irfan nak mengacau jer kerjanya.. ada pun susah, takdak pun susah.. tapi at least, senang juga untuk aku update blog aku, dan bawak balik kerja aku kat umah.




Bila dorang jemu, dorang mulala buat semak. Aku start hubby pergi sarawak, aku demam teruk. masa dorang tengah beroperasi memunggah ni, aku tengah tak larat, lantakla.. aku tak peduli dah.. buatla apa korang suka..

Tengok muka Irfan, bila orang marah dia buat semak, dia buat muka cam tu.

Ni pun kerja Irfan, macam tula bila orang dah sihat.. roti di koyak, bukan nak makan pun, nak main ja.. Bila dia sakit, kita susah hati, bila dia sihat, banyak tol aktiviti dia nak cover balik.. pening aku..

Tapi yang jadi masalah besar aku sekarang ialah...
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:

INI...!! ARGHHH TIDAK..!!. Masa dia tengah sikit, Irfan Masuk wad, aku dah takde masa nak lipat, aku kat wad, bila Irfan kuar wad, aku pulak demam.. ni baru baik sikit.. baju umah aku pulak, mak ai.. ngalahkan orang anak 10. Pakai, salin, buang, so, mana tak banyak.. walaubagaimanapun aku akan menyelesaikan mslah besar aku ni, minggu ni jugak.. WAJIB.. ada sapa2 nak tolong??

Thursday, June 18, 2009

DEMAM RINDU? AHAKS..!

Malam semalam aku dan anak2 duduk sendiri selepas hubby dah berangkat ke Sarawak. Boring.. Aku layan anak2 jer.. tiba2 badan rasa macam nak demam, aku telan ubat siap2, takut melarat. dahla Irfan baru kuar wad, nanti aku pulak demam, macam mana anak2 aku.. i must be strong. hari ni, p ofis, lunch aku cepat2 beli ubat siap2 kat farmasi takut demam melarat lagi.. masih rasa mcm tak sedap badan, tapi boleh update blog ni, kira ok la kot..



Ubat demam, ubat batuk dan strepsil
menyelit gak beli ni untuk Ikmal dan Irfan. mesti suka dorang ni..

TRIP TO SARAWAK

Kena tinggal!!! isk isk.. Semalam hubby ke Sarawak. Trip bola sepak JKR KEDAH (MAKSAK). Actually kalau team dorang menang, family boleh ikut trip ke Jakarta. Tapi oleh kerana dah team dapat Naib Johan, maka player saja yang boleh pergi. dan destinasinya.. SARAWAK. Pergi dari Rabu sampai Sabtu malam baru balik. Aku dan anak2 jugak yang kena tinggal.. takpela.. apa nak buat.. smg selamat pergi dan balik okeh..!!
Nak tau tak bila gambar ni diambil? masa lepas Irfan discharge hospital 14/6/2009 yang lalu. lepas irfan discharge, kami balik rumah sat, rehat2. nampak Irfan macam aktif balik jer.. hubby kata, jom kita pergi kenduri umah Mat nak?. Aku kata, boleh gak la.. kita p sat dah la.. Mat ni kawan baik hubby, dia anak tunggal. dengan mak bapak dia sekali kami baik. sebelum ni masa aku pantang kat Irfan, kami belum dapat kuarters, umah Mat ni la hubby makan, tidur kat sana. nak travelling dari selama ke kulim, mana tahan beb..! Ikutkan mak bapak dia mintak kami join kenduri umah pompuan sampai la menjemput pengantin. tapi aral melintang, dah Irfan masuk wad, kenduri umah pompuan kat Sungai Petani, kami tak p. masa nikah dulu ja kami join. kita hanya merancang kan.. elok2 kami sampai, pengantin tengah posing, aku sempat ambik gambar ni ja, pastu kami makan, dan tiba2 pengantin hilang. ikut cameraman ambik gambar outdoor. kami dok sat jer.. pastu kami balik.. Irfan pun baru kuar wad sangat2 kan.. kami lepak kat umah jer.. papepun.. selamat pengantin baru Mat dan Nisah.. Semoga bahagia berkekalan..


Tuesday, June 16, 2009

IRFAN MASUK WAD

Irfan masuk wad? baru ja petang tadi aku p tengok kawan aku masuk wad. Tak sangka petang ni anak aku pulak. menceritakan detik cemas kejadian Irfan masuk wad.. semuanya bermula bila.. malam jumaat tu, dia dah demam. aku dah bagi ubat, jelum kepala dia, lap badan dia, ok, dia aktif balik. esoknya time aku hantar p umah mengasuh badan dia mcm suam2. aku bagi ubat. petang pukul 4 aku call tanya, pengasuh kata dia ok, makan, minum tapi badan dia panas. TIBA2, pukul 4.45pm hubby call mintak aku call pengasuh, IRFAN TARIK SAWAN!!!. Aku meraung sambil cakap telefon dengan pengasuh. memang confirm dia tarik, Mulut Irfan pun sampai dah berbuih. Aku bagai nak pengsan dengar, Kawan2 cuba menenangkan aku. Aku dah tak kisah itu semua. yang aku pikir cuma nak 'terbang' balik ja kalau aku mampu 'terbang'. sekali lagi aku call pengasuh, masa tu, dalam kereta hubby dah on the way bawak Irfan ke hospital. Aku panggil nama Irfan. aku dengar dia menangis. Ya allah!! tuhan saja yang tahu perasaan aku masa tu. 5.30pm aku balik. On the way aku ke hospital, pengasuh call aku bagitau, Irfan dah admit masuk wad. Doktor marah pengasuh sebab jelum Irfan dengan Ais. pukul 6pm aku sampai kat hospital, masa tu cari wad pun aku dah tak jumpa. lambat sangat aku rasa aku jalan nak cari wad tu. masa aku sampai, aku tengok Irfan sedang menangis. aku ambik dia, aku peluk dia, aku pujuk dia, dalam masa yang sama aku turut menangis bersama2 Irfan. Irfan dah dibogelkan, badan dia masih panas. aku dukung dia, berganti dgn pengasuh dia. Irfan masih menangis sekali sekala. tangan Irfan masih genggam belum bukak lagi. sekali sekala Irfan macam sentap2 baju aku. Doktor datang untuk cek Irfan lagi. Kata Doktor ambik masa untuk dia bukak balik genggaman dia. Aku risau. Dalam hati aku hanya mampu berdoa selamatkanla anak aku.. Bila aku dah dukung dia, tenangkan dia, baru dia bukak tangan dia macam biasa. mungkin tadi dia takut. tempat yang dia tak biasa, semua orang serbu dia pulak. lebih kurang 15 minit Doktor ambik darah Irfan. resultnya ok. alhamdulillah. Tangan Irfan dah dipasang tiub untuk masukkan ubat. kesian aku tengok dia. Panas pun dah turun Doktor kata. Masa admit tadi panas Irfan 39 darjah Celcius. Apapun aku dah rasa bersyukur time tu.. dan lega bila panas dia dah turun. Sabtu, Irfan dah sihat, tak demam lagi. tapi ubat masih diberikan dan dipantau oleh Doktor dan nurse macam biasa. Aku tunggu Irfan kat wad sampaila Ahad petang 14/6/2009, baru Irfan boleh discharge. Lega bila tengok Irfan dah aktif semula. Pada kawan2, para ibu2, bapak2 atau siapa saja yang sentiasa berdepan dengan kanak2. di sini aku ingin mengambil kesempatan untuk memberikan tips2 yang telah aku pelajari masa kat hospital. mungkin pembaca kat luar sana dah tahu, tapi tak salah untuk aku ulanginya semula.


* KALAU ANAK DEMAM PANAS..., KITA..*


1) jelum kepala dia dengan air paip yang tidak terlalu sejuk;
2) lap badan dia dengan air suam sebab lebih cepat turunkan suhu badan dia;
3) lap badan dia, bahagian kaki dan tangan jangan terlalu banyak dilap sebab tangan dan kaki lebih cepat sejuk secara automatik, kalau terlalu sejuk pun anak boleh 'tarik';
4) kalau panas terlalu tinggi, cepat2 masukkan ubat dalam punggung dia;


* KALAU ANAK TARIK SAWAN...., KITA*


1) Pusingkan badan dia ke kiri;
2) Masukkan ubat dalam punggung dia;
3) Lap badan dia dengan air suam;
4) jelum kepala dia;
5) segera bawak anak ke hospital


Kalau anak2 demam aku memang buat macammana yang doktor pernah bagitau masa aku deliver first baby lagi. Alhamdulillah anak2 aku ok. mungkin dah takdir tuhan, anak aku sakit sewaktu bersama babysitter, mungkin hikmahnya.., untuk aku dan babysitter lebih berhati2 dalam menjaga budak2 waktu mereka demam.. aku tau babysitter cukup sayangkan Irfan, dah tertulis semua ni berlaku. apa pun aku cukup bersyukur Irfan tak apa2. Doktor kalau kalau Irfan tarik terlalu lama, dan kami lewat bawa Irfan ke hospital, mungkin.... tak tau apa yang jadi pada Irfan NAUZUBILLAHIMINZALIK... MINTA DIJAUHKAN.. lepas balik dari hospital sampai sekarang, aku fobia, kejap2 aku pegang kepala dia, badan dia takut panas.. dalam masa yang sama aku sedang berusaha untuk berubat cara kampung. tak salah kita mencuba rawatan moden dan tradisional kan?


Pengalaman itu cukup mengajar aku erti nilai sebuah kehidupan. Besarnya amanah Tuhan yang diberikan pada kita, betapa anak itu adalah sesuatu yang cukup berharga dan tak dapat aku gambarkan dengan kata2... IKMAL DAN IRFAN.. MAMA SAYANG ANAK2 MAMA..


Hari Pertama masuk wad






Hari kedua kat wad. Irfan dah sihat sikit






Petang hari kedua. dah mula lasak


Hari Ketiga. Petang ni dah boleh keluar wad


Tidur dulu sebelum balik. Babysitter belikan Irfan Spongebob. Lepas inject antibiotik last nanti, kita dah boleh balik okeh..

Dalam kereta on the way balik. Tangan Irfan dah dibuang tiub. luka sikit. sian anak mama. tapi anak mama hero. tak nangis pun..