CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, January 23, 2009

Jejak Kasih

Ina datang..!! dah lama aku tak jumpa Ina. Ina ni lawyer chambering kat tempat aku masa aku kerja kat ROSDEE RAZAK & PARTNERS dulu. sekarang ni, dia dah kerja kat Mahkamah Alor Setar sebagai TIMBALAN PENDAKWARAYA. hai.. rezeki orang... muda2 lagi dah kerja gomen.. aku ni sampai dah separuh umur pun mintak gomen tak dapat2.. sedih wooo... Ina belanja makan kat PIZZA. makasih Ina.. len kali belanja lagi k... nanti kita jumpa lagi..


Milik siapakah rumah ini..

hari Pertama

Hari Kedua

hari Ketiga

Hari Keempat

Hari Kelima.
Beginilah keadaannya bila aku balik umah dan anak2 ada bersama dengan aku, lebih2 lagi bila time aku sebok memasak kat dapur, inilah kerja budak2 tu..

Main batman2 sampai tertidur

Kat mana saja ada lubang, kat situ la tempat main




Abang suap adik makan aiskrim sampai comot2 camtu



Hubby masuk paper? hehehe. dulu masa main bola untuk Piala Malaysia, jarang pulak ada gambar kat paper. Yang masuk, nama ja. ni dah main untuk team kampung2 ni, ada plak muka leh masuk paper..



Thursday, January 22, 2009

DEDIKASI UNTUK MAK

Kau sinaran bulan
Menyerikan bintang-bintang
Kaulah fajar yang menerbitkan pagi
Kau sirami embun Menyegarkan pepohonan
Kau bukakan tabir siang untukku
Kau berikan mama
Kasih sayang maha suci
Betapa agungnyaTiada ternilaikan
Oh mama, oh mamaku
Tiada cinta yang suci
Setulus cintamu
Ku suntingkan mama
Sekuntum mawar putih
Sebagai lambang kesucian cintaku
Begitulah kasih sayang seorang mak. 21/1/2009 birthday mak aku yang ke 73. happy birthday mak..!! semoga panjang umur, murah rezeki dan bahagia selalu serta diberi kesihatan yang berpanjangan.. IDA SAYANG MAK.. MMMMUUUUAHHH. Inilah mak aku, mak yang aku rasakan tiada mak yang terbaik didunia ni macam mak aku. mungkin orang lain juga mempunyai perasaan dan pandangan yang sama dengan aku, mengatakan mak mereka juga adalah mak yang terbaik didunia. Aku tidak menafikan itu.. Mak aku seorang yang penyayang, pengasih, pemurah, peramah, penyabar, cukup menjaga hati orang, apatah lagi hati anak menantu dan yang seangkatan dengannya. bila kami anak2 cucu balik kekampung, makla orang yang paling gembira dan sebok melayan karenah anak cucu, sebok melayan makan minum walaupun kadang2 makan minum dia pun tak terjaga. Bila anak cucu berhimpun, maklah orangnya yang pagi2 lagi akan ke kedai membeli barang2 dapur dan lauk pauk untuk dimasak sekiranya masih ada lauk pauk yang tak mencukupi. kalau dah cukup pun mak masih lagi ke kedai untuk mencari sesuatu untuk menjamu anak cucu. aku selalunya bila dah sekali sekala balik kampung, akulah orangnya yang bangun paling lambat dalam kategori anak2 perempuan dan menantu mak. (aku pun ambik kesempatan gak beb) tapi dari aku kecik sampai aku dah jadi mak orang ni, mak tak pernah bising2 kejutkan aku suruh bangun, buat kerja dapur. pada mak, dah besar, dah anak dara pandai2la fikir sendiri. Mak tak pernah nak ambik tau maksud aku tak pernah jaga tepi kain orang lain, jiran dan anak menantu, pada mak, dalam insitusi keluarga anak2 menantunya, 'MASING2 PERAHU, MASING2 KAYUH'.. bila kami anak2 ada masalah, kalau masalah itu kami rujuk pada mak, mak akan memberikan nasihat yang pastinya akan membuatkan kami berasa lega.. dan pastinya akan disusuli dengan pandangan yang bernas, doa2 dan ayat2 Quran untuk diamalkan. apa saja yang kami sebagai anak2, menantu, cucu berikan, mak tak pernah menunjukkan sikap tak suka. pada mak, semua itu harus diberi penghargaan atas ingatan kami padanya. sikap mak yang tak pernah memaksa, tak juga melarang tetapi memberi tunjuk ajar itulah yang membuatkan aku cukup MENGHORMATI DAN MENGAGUMI MAK. Aku tak dapat bayangkan hidup aku ni sekiranya mak dah tak ada. yang pastinya masa itu akan tetap sampai sama ada mak yang pergi dulu, atau aku yang pergi dulu.. bukanla aku nak bercerita tentang mak aku yang kononnya dia sorang sajala mak yang the best di dunia ni, tapi aku meluahkan kebanggaan aku menjadi anaknya.. buat you all semua di luar sana, sayangilah ibu anda, berilah penghargaan, berbaktilah dan tunjukkan kasih sayang kita pada dia, selagi peluang masih ada, tidak semestinya pengorbanan wang ringgit, seorang ibu yang tulus hatinya tidak pernah mengharapkan wang ringgit anak2nya. yang penting pada dia, anak2 tidak lupakan dia, tetap ambik berat dan terus bertanya khabar, jangan sampai kita menyesal dalam memberi perhatian sebagai seorang anak pada ibu kita dan waktu itu, kita pastinya akan rindu untuk memanggil seorang wanita dengan panggilan mak.. apapun aku cukup bangga menjadi anak mak. Begitu juga dengan anak2 mak yang lain.. TERIMA KASIH MAK.....

Ketabahan dan kesetiaan seorang isteri disaat2 suami bertarung dengan maut

Mak... engkaulah ratu hati kami..

Alamak, mak malu kot nak posing dengan anak bongsunya yang belum mandi ni..

Dalam Perjalanan Ke Mekah pada tahun 2004

Berpoya2 ke Penang

Mak dan best friendnya. Makcik ni sebelah umah aku. Inilah kawan baik mak aku. Setiap petang makcik ni akan datang umah mak aku dan borak2 dengan mak aku. dia jugala yang selalu ambik berat tentang sakit demam mak aku. Makcik ni pun dah tak ada suami. So, kalau pape acara yang mak aku nak pegi, selalunya dengan makcik ni la. kalau apa2 hal aku tak dapat contact mak aku, aku akan call umah makcik ni untuk tinggalkan mesej. kalau aku call mak aku tak dapat pun aku akan call umah makcik ni untuk bagitau mintak mak aku charge handphone. besala.. kadang2 orang tua2 ni, dia tak tau nak tengok batery weak ke apa.. So, makcik nila yang jadi informer kat mak aku. banyak jasanya makcik ni kat aku sekeluarga..

sebelah Makcik best friend mak aku ni, kawan baik mak aku gak merangkap tok guru mengaji mak aku.

Tuesday, January 20, 2009

Chiken Pox

Irfan Kena campak???!! alamak...!! aku takdak experience. Dulu masa Ikmal tak kena lagi sampai sekarang. aku mula2 dah nampak biji2 kecik kat punggung dia. tapi tak syak pulak chiken pox. malam sebelumnya, Irfan tak tidor sampai 6.30 pagi esok. aku pnya la mengantuk, dah naik pening dah. so, aku terpaksa absent. esoknya aku bawak p klinik, Doktor kat alergic ataupun kena jangkitan kuman. Dia bagi ubat sapu dan makan. bila aku bawak pergi umah mengasuh dorang confirm kata memang chiken pox. apala doktor ni, chiken pox pun tak tau ker... patutla malam semalam dia meragam, mengamuk, mungkin sakit badan. dah tu kena pulak campak yang besar2. sian anak aku... actually minggu lepas azie http://azie-zam.blogspot.com/ dengan hajar http://daniallea.blogspot.com/ dah plan nak datang umah aku makan laksa, tapi aku terpaksa inform kat dorang x yah datang lagi sebab dorang ada baby, takut jangkit plak. terpaksala aku jadi cam orang yang tak bagi orang datang umah.. sian budak2 beb.. kita sakit tak apa. anak2 kesian... tak apa, len kali, lepas raya cina ni, bila Irfan dah ok, line clear, korang boleh terjah umah wa ok kawan2..!!



tak handsome dah anak mama...






Kat kaki yang paling banyak

Sekarang Irfan dah ok sikit, cuma tinggal kat lutut dan kaki jer.. aku tak bedakkan dia lagi, belum boleh g sebab belum kering betul. takpa, cepat baik yer sayang...

Monday, January 19, 2009

Hari minggu yang bingung

Hari minggu yang bingung.. aku lepak ja kat umah. takdak xtvt nak buat. nak ke acara outdoor pun ongkos kurang tengah2 bulan ni. so, kami bukak car wash la nampak gayanya..



Abah dah start basahkan budak2 ni

Gosok dik, gosok..

Adik dah basah







Azie datang umah!!

Oleh sebab aku dah lama tak update blog aku ni, aku pun dah lupa bila azie datang umah aku. Tapi bila sekali sekala bagi anak2 berkumpul, syok gak tengok gelagat budak2 ni.
ala azie malu2 plak. sejak bila malu ni..
si Cute.. elin


Wah, nonie seksi gitu..


Friday, January 16, 2009

Ikmal dah pandai naik basikal

Ikmal dah pandai naik basikal. Actually aku beli basikal ni masa umur dia 1 tahun lagi. Dulu aku duduk Flat, so dia tak ada peluang untuk kayuh jauh2. tapi dalam umur dia 2,3 tahun, dia dah berjaya menunggang basikal ni dengan jayanya. kami tak pernah bukak tayar kecik basikal tu, sampaila kami pindah kuarters ni. umur dia pun dah 5 tahun. Dalam 5,6 bulan lepas Abah dia bukak tayar tu, dua2 sekali, hari2 dia menangis sebab tak tau naik basikal. sampailah hari ni, dia berusaha sampai ke senja, baru berjaya. caiyok2!. anak mama!

Camana aku nak mula ni..

Camana aku nak buat ni...

Alamak, camana ni geng, wa tak boleh naik basikal lagi ni..

Hari kedua anak mama dah berjaya..
Balik daripada buat OT kat ofis aku lepak kat luar tengok anak2 main, kasi can bagi depa release tension. Dah terperuk kat umah, sekali sekala bagi la depa peluang tengok dunia.


"em... nak turun ke tak ni, cuaca panas ni.."




Dah main tu, dapatla habuannya.. tapi Irfan tak tau sakit, main jugak buat tak tau jer